Monday, July 12, 2010

semua orang boleh berjaya

Aku memang suka membaca artikel, buku-buku berbentuk motivasi sebab buku-buku macam ni sangat menarik minat aku. Kalo aku pegi kedai buku, rak yang aku selalu tuju ialah 'self-enrichment' atau 'motivational', mana yang aku mampu memang aku beli. tapi korang tau lah, buku-buku motivasi ni harga camna. nak-nak yang dari luar negeri. Dan motivator-motivator terkenal kat dunia ni macam Stephen R Covey, Dale Canergie, Tony Robins, Jack Canfield, semuanya dah jadi billionaire belaka. Sebab, apa yang dorang 'jual' adalah apa yang manusia perlukan - iaitu motivasi untuk kita mengenali diri kita dan potensi diri kita. Motivator Muslim tak kurang hebatnya, macam Dr Aidh Abdullah Al-Qarni yang femes dengan buku la tahzan. kat Malaysia pun kita ada terutamanya Dr.Hj Fadhilah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar, Puan Rozieta Shaari. Dorang ni antara yang aku paling suka baca artikel dorang.
.
Sebab apa aku suka, sebab aku pun manusia biasa ada waktu-waktu sukar, rendah diri, gelap macam orang lain. Dan kadang-kadang aku pun tersasar lupa yang setiap yang Allah beri itu ada hikmah sebaliknya.
.
Dan sebagai insan biasa, aku juga punya impian aku sendiri yang masih belum tercapai, dan aku rasa jalannya penuh onak dan duri. Selalu aku pikir bila baca kisah orang lain dalam blog, facebook, citer orang sambung belajar, citer orang naik pangkat, dapat baby, dapat hadiah dan sebagainya. seronoknya hidup bila dapat penghargaan, dapat sesuatu yang hebat, sedangkan aku rasa apa yang aku ada adalah biasa-biasa saja.
.
Sebab tu aku selalu mencari bahan-bahan macam ni di samping tambahkan ilmu, aku pun suka nak share dengan kawan-kawan 'rakan sepengaduan' (haha ada ke rakan sepengaduan?) kerana aku tau dorang pun rasa apa yang aku rasa. Dan bila set-set cam kami ni baca dan tengok bahan macam ni, baru lah rasa terkesannya. Itulah indahnya ujian, dalam perjalanan untuk keluar dari kesukaran, banyak kata-kata manis, kata-kata menaikkan semangat yang membentuk pemikiran kita. Kalo orang yang dah berada di atas atau orang yang mudah je dapat apa yang dihajati, manakan rasa indahnya perjalanan ini,kan?
.
video ni aku jumpa masa aku cari tentang chicken soup for the soul. Aku nak sangat memiliki buku-buku chicken soup for the soul, apakan daya harganya yang mahal, tapi agaknya sebab aku terlalu memikirkan hajat tu maka minda separa sedar aku telah menerimanya sebagai sesuatu yang penting dan ntah macam mana aku terdetik nak cari kat internet. Sungguh banyak sebenarnya inspirational stories yang boleh dibaca, dan inspirational videos yang boleh ditonton, malahan percuma pula!. Law of attraction kata orang. Bila kita terlalu berfikir sesuatu yang kita nak atau tak nak, minda kita akan memprosesnya sebagai sesuatu yang penting dan tanpa sedar apa jua yang kita pikir secara mendalam tu akan datang pada kita. Tapi sebagai orang Islam, inilah namanya lintasan hati yang ikhlas, tidak terburu-buru dan sandaran kita hanya pada Allah, nescaya Allah memakbulkannya. malah lebih baik!
.
Oleh itu, sejak aku melayan kisah-kisah motivasi di internet mcm kat InspirationalStories tu, dan klip2 kat Ytube, aku semakin termotivasi untuk mencapai apa yang aku impikan. macam dalam klip ni, katanya kita semua boleh berjaya, kalo kita percaya kita boleh berjaya. Yang penting, kita fikir sesuatu yang baik yang kita hajati dengan perasaan yang ikhlas dan pergantungan kepada Allah, pasti perkara yang baik itu akan datang kepada kita dengan impak yang berganda.
.

7 comments:

AyunasiA said...

thanx for sharing. sungguh menginspirasi diri ini.

kakLuna said...

ko dgr skali muzik dia ke...best gilaaa

AyunasiA said...

ye la... sian ko, takde speaker kat opis hihi

Kak Anie said...

Trima kasih Luna...sesuatu yang memberikan ispirasi...

Mommy Lyna said...

malas nak play bole tak? nanti akak cite je la kat sana

muahahahah

dasarrrrr

Rohaniah said...

seperti yang akak tulis kat status fb itu hari, motivasi ni kita kena ada setiap hari, sbb naluri kita mudah lupa dan selesa dengan apa yang ada sedangkan kita sebagai umat Islam mesti sentiasa berusaha utk mendapatkan yang terbaik yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya...

peluang sentiasa ada cuma kita sahaja yang tidak nampak bahawa itu adalah peluang kerana ia kadang2 datang dalam bentuk yang kita tidak suka....wallahuallam...:)

kakLuna said...

kak wear : insyaAllah kak, saya memang nak jadikan motivasi dan ingat mengingati ni sbg amalan..