Semua orang tahu Law of attraction ialah tentang apa jua yang kita fikir - baik atau buruk, akan menarik segala di sekeliling kita dengan impak yang lebih besar. makna kata, kalo kita fikir positif, contohnya 'hari ni aku seronok', dengan izin Allah, apa juga yang berlaku pada hari itu akan menjadikan kita ceria dan orang keliling pun ceria. Begitu jugak kalo pagi-pagi datang keje kita pikir 'aduh nyampahnya aku dengan boss aku ni', nescaya (tu dia ayat...NESCAYA ko..) apa yang berlaku selepas tu pun semua menyampah,menyampah dan menyampah.
.
law of attraction bukan perkara baru. dalam agama kita memang dah diajar konsep berfikir yang baik-baik supaya, apa yang akan datang kepada kita pun baik-baik malah dengan impak yang lebih besar. nama konsepnya ini ialah 'husnu zhon'. Dan yang paling baik sekali ialah kita husnu zhon kepada Allah. Bila kita diuji, kita husnu zhon dengan mengingatkan kepada sunnatullah menjadikan sesuatu itu berpasangan. Misalnya Allah jadikan lelaki dan perempuan, siang dan malam, hujan dan panas. Yang Satu hanya Dia. Oleh itu, bila Allah berikan kesulitan, ia bermakna ada datang sekali dengannya pertolongan. Allah tidak akan memberi sesuatu itu sia-sia, cuma kita perlu sabar, berbaik sangka dan sentiasa bergantung harap kepada Allah kerana Allah tidak akan pernah mempeduli hambaNya yang meminta dariNya.
.
Konsep Law of Attraction ni juga banyak berlaku masa zaman Rasullullah SAW dan para Sahabat. Contoh 1 kisah tentang perjanjian Hudaibiyah. yang ni aku baca dalam majalah Solusi 21 artikel tajuk 'Mengalah bukan erti kalah'. penulis tak sebut pasal law of attraction, cuma aku saja yang kaitkan kerana memang ianya law of attraction.
.
Kisahnya gini, 5 tahun selepas penghijrahan, org islam pun berhajat nak balik semula ke Makkah. tapi masa tu kaum Quraisy masih menaruh kebencian dan tak suka pada Nabi dan Muslimin yang lain. Di sini la kesukarannya nak masuk ke Makkah sebab tak dibenarkan oleh kaum Quraisy. jadi sebelum nak masuk tu masing-masing hantar wakil untuk bincang. wakil dari Quraisy namanya Suhail bin Amru. Di sini lah mulanya yang aku katakan Law of Attraction tu. nama Suhail bermaksud 'mudah' jadi Nabi pun sebut 'dengan izin Allah pasti urusan ini menjadi mudah'. Nabi sangat optimis dan positif semasa melafaz ayat itu. Alhamdulillah, memang benar-benar perjanjian Hudaibiyah disetujui dan disaksikan dalam keadaan yang mudah dan damai. termeterailah syarat-syarat yang adil bagi kedua-dua pihak Muslimin dan juga kafir Quraisy di Makkah. Ada satu lagi husnu zhon /law of attraction yakni Muslimin berfikir dapat masuk Makkah, ya memang termeterai juga lah perjanjian membenarkan Muslimin masuk Makkah walaupun cuma tertunai 2-3 tahun kemudian. tapi, pokoknya, dari fikiran positif tadi telah menarik keadaan-keadaan positif malahan jauh lebih baik.
.
jadi apa halangan kita untuk tidak berfikir secara positif, dan husnu zhon? Sedangkan Allah dengan janji Nya 'Inna Maal usri yusro' dan Nabi telah menunjukkan pelbagai contoh yang baik, pemikiran yang optimis dan positif, dan telah terlihat hasilnya, kita juga berpeluang untuk mendapat kebaikan yang kita mahukan,asalkan kita, dengan ikhlas berfikiran positif, husnu zhon kepada Allah dan sentiasa melafazkan kata-kata positif dalam kehidupan seharian.
2 comments:
saya ... dah tua2 ni baru nak mengistiqamahkan dalam diri sifat husnu zhan ni...
memang terbukti sendiri
terbaru dari saya : persoalan berat yang perlu ditangani
artikel menarik, harap dapat membuat lebih perkongsian tentang konsep ini.
http://husnuzzonloa.blogspot.com/
Post a Comment