Wednesday, July 28, 2010

sehari selembar blog...


Lama-lama menjadi buku?
.
Aku lum cerita kenapa dalam bulan 6 hari tu aku tiba-tiba nak sambung blog balik, pastu entri awal aku ialah tentang motivasi, inspirasi dan nasihat-nasihat (yang tak seberapa pun) dan aku citer sikit tentang cita-cita yang belum tercapai.
.
Ehem,ehem, *ish malu nak citer ni, sebenarnya, lepas aku curi-curi baca (nak beli, tak mampu, T-T..) beberapa helai mukasurat Chicken Soup for the Soul kat Borders hari tu, aku jadi teruja pulak nak mengugel tentang kisah-kisah inspirasi lain yang ada dalam internet. Hasil dari gugelan aku tu, aku terjumpa video-video motivasi dalam youtube termasuk 1 video dari Mark Victor Hansen (gambar). Siapakah beliau ini? beliau ialah penulis dan penceramah motivasi terkenal dan orang yang bertanggungjawab di belakang kejayaan buku The Chicken Soup For The Soul bersama Jack Canfield. Dari situ, tiba-tiba macam ada Law of Attraction gitu (ni mesti Asiah kata 'tak abis-abis la ko dengan LOA' kehkehkeh) untuk mencapai cita-cita sebagai Penulis.
.
Tapi sebelum tu, flash back sikit, dari kecik-kecik dulu aku memang minat sangat menulis, dalam kad 001 pun rasanya ada jugak bubuh bahagian Cita-cita tu nak jadi Penulis Cerpen. Ni pengaruh dari Nyah aku jugak ni, kakak aku suka sangat baca cerpen dan novel dan selalu gak buat cerpen syok sendiri, tak hantar pun kat mana-mana. Jadi, aku pun terikut. Masa darjah dua aku mula menulis cerpen, you... memang bodoh dan sangat cute *sikit* dengan ayat-ayat pertama dalam cerpen aku tu. Malangnya, mak aku telah terjumpa cerpen aku tu dan pi habaq kat jiran-jiran sembangan nya di bawah pokok ketapang tentang ayat cerpen aku yang berbunyi;
.
'Aku mempunyai kulit yang putih melepak sehingga kawan-kawan ghairah melihat aku'. camtu lah lebih kurang. Maka, jadi glamer lah perkataan 'Ghairah' tu, aku ingat lagi ketika ditertawakan oleh jiran-jiran aku termasuk Cik Cah yang aku takuti kerana kegarangannya. Sejak tu aku putus asa, maklumlah budak-budak 8 tahun masa tu, bila dah kena 'under estimate' memang dah tak nak teruskan lagi, malu, marah dan merajuk!.
.
Dipendekkan cerita dari tu, minat ni walaupun ada, tapi tak pula aku teringin memanjangkan jadi cita-cita sebenar, (bukan sekadar mengisi kad 001). Cuma aku sedar dan perasan juga hahaha, yang karangan ku kerap mendapat pujian cikgu ketika sekolah menengah. Tapi aku ni mempunyai 1 sikap yang tak berapa bagus sebenarnya ialah tak boleh dipuji. Bila dipuji, aku jadi malu dan aku pun tak teruja lagi untuk berkarya. Lantas minat tersebut bagai terkubur.
.
Sehinggalah aku melihat video motivasi dan tips yang diberi oleh Mark ni tentang How To Write a Book, antara tipsnya;
.
1. membaca 2 buku seminggu
2. membaca jurnal setiap hari (macam baca blog-blog yang menarik dari segi penulisannya)
3. mengulas tentang buku, di dalam jurnal sendiri
4. realisasikan jurnal kepada blog
5. menulis sekurang-kurangnya 1 minit dalam sehari (maksudnya mesti menulis!)
6. memberi tajuk yang menarik
dan beberapa tips lagi,

.
dan aku rasa, InsyaAllah, aku boleh buat, kerana memang aku minat. Kalo aku baca blog-blog yang bercerita tentang pandangan tentang sesuatu objek atau subjek, aku jadi minat dengan cara penulisan mereka yang bernas, tidak merapu atau perasan sendiri, memberi ilmu dan indah susunan ayatnya. Jauh di sudut hati, aku kagum dan bercita-cita menulis seperti itu.
.

Bolehkah aku berjaya dalam cita-cita ini? ha, kalo pakar motivasi tentu akan berkata 'setiap orang memang berpotensi untuk mencapai apa yang dia mahu, asalkan dia percaya dia boleh melakukannya'. Pedulikan faktor umur, faktor terlambat bermula, kerana apa yang kita mulakan tidak penting, yang peting bagaimana kita menghabiskannya! Ok, Setuju? doakan aku...

9 comments:

achik said...

bagus bagus.. saya suka je baca cite motivasi ni.. tp yg tak terlalu cam bagi nasihat sgt la atau yg terlalu poyo cam ada sesetengah pakar motivasi tu la.. ;p

kakLuna said...

achik ; pakar motivasi juga manusia biasa, maybe bila dah dilambung tinggi tu,mulalah lupa rumput di bumi..

kakyong said...

luna..
boleh apa.. penulisan luna selama ni pun memang baguih apa.. cuma perlu diasah & cari mentor...

kakLuna said...

kakyong ; tengah belajar2 ni yong, practice makes perfect,kan?

Purpleheart said...

insya Allah yakin boleh luna...

Mak Su said...

saya ada gaks angan2, dah half way, sangkut2... huhuhuu, proj terbengkalai

Rohaniah said...

If you think you can, you will definitely can...you are what you think hehehehe....tertulis omputeh la pulak...

HappyIrfa said...

luna..
aku pun penah tulis cerpen pendek zaman skolah2 dulu..cita2 nak jadi penulis xde la pulak.tapi bila aku hantar cerpen pendek kat ruangan warkah sembilu majalah Gelihati tu,rasa seronok bila cerpen aku tersiar..tp sayang..aku takde simpan majalah tu sbg kenangan..

aku harap impian ko utk jadi penulis akan tercapai..dan kalau dah glemer nanti jgn lupa pos buku ko siap dgn tanda tangan yer :-)
(aku tak bergurau ni)

kakLuna said...

sue ; insyaAllah...mmg nak sangat, dari dulu..

mak su : sama penyakit jugak dgn saya,tapi kita cuba lah, bersaing2 nak?

kak wear ; bahasa France tagalog pun tak pe kak, saya hargainya sebab memang memotivasikan :)

irfa : ala,sayangnya..aku antar cerpen kat majalah sekolah dan aku still simpan lagi. nnt senang2 aku scan kan cerpen aku tu