Thursday, July 22, 2010

Nak tapi Malu, Malu tapi nak...

Ni citer tentang facebook.
.
Dalam facebook tu orang kata, hubungan takde sempadan. Kita boleh add sesiapa yang kita suka sebagai friends tak kira orang tu somebody atau nobody. Dan dari 1800++ friends aku, lebih kurang 200 aku masukkan dalam kategori 'Idols'. Ada pemimpin politik, ada artis, penulis buku, blogger terkenal, bekas pendidik, pembaca berita. pendek kata, selebriti dan 'somebody' lah bagi aku.
.
Aku juga suka mencari nama-nama somebody yang aku kenal atau penah baca tentang dorang. Contohnya nama artis 80an, pembaca berita dan model 80an. baru-baru ni aku add dan dah diapprove oleh Puan Susan Roses Yusof anak pelakon 6oan dayang Sulu. Korang kenal ke dia? Aku kenal dia sejak aku sekolah sebab dia penah masuk pertandingan Dewi Remaja dan dia sungguh cantik. Aku suka cari nama peragawati dulu-dulu sebab nak tengok adakah dorang masih cantik,dan kebanyakannya memang ya. Selain Susan Roses aku juga add dengan Encik Rosli Dahamin pembaca berita TV3.
.
Jadi apa masalahnya di sini?
.
takde la masalah besar, cuma aku la jadi bertambah segan memunculkan diri kat facebook dengan status yang tak bertamadun. Aku selalu fikir, alamak, kalo Idols ni terbaca status aku, apalah dorang pikir ye. Kot dorang kata 'eh dia ni hari-hari posting pasal anak, macam la dia sorang ada anak'. Ataupun 'la..lapar pun nak citer ke. makan je lah'. hehe. korang mesti kata perasannya aku, macam la selebriti tu semua ada masa nak tengok status aku tu. haha memang betui, setengah idols especially pemimpin politik tu ada 300k fans nya mesti tak terkilas langsung dengan status aku. kalo sempat nampak pun maybe dalam 1 saat lepas tu dah tak jadi 'Most Recent' dah. tapi aku tak leh elak rasa rendah diri ni.
.
Lagi satu kan, bila nak post kan kat wall selebriti tersebut contohnya 'terima kasih sebab accept saya as friends, saya sangat minat dengan buku tulisan tuan sejak saya sekolah' atau 'terima kasih sudi add, puan memang masih cantik macam dulu..' yang ni, aku segan lak kalo member-member lain terbaca. haha. susah betul lah! Nanti aku risau kawan aku PM aku 'ececeh ngko....post kat wall selebriti tuuuuu~'. Tu yang aku tak nak tu. Kalo ternampak, duduk diam-diam tak leh ke, mesti nak sibuk cakap. Untuk mengelaknya, aku pun tumpang komen je kat wall post orang lain yang bermaksud yang sama. Kalo wish besday pun camtu lah, tumpang kat post orang, jadi takde la dominan sangat kot post dari aku. Err, susah aku punya low self-esteem ni kan? Nak, nak tapi malu, ke malu, tapi nak? haih!

7 comments:

Kak Anie said...

Luna...tenyeh aje...apa nak malu2...alah...bukan kita aje yang tulis camtu...ramai lagi yang tulis...hehehe

Cikgu ILi said...

Kak Luna dah aktif bloging balik...bagus bagus..saya klik like ala-ala fb.
KAk Luna, nama yg Kak Luna mention tu smua saya tak kenal..zaman mana ntah saya hidup..haha...
Sy suka cari nama pakwe lama je..hahahaha.jahat.

a kl citizen said...

kalau benda elok apa nak dimalukan.. bukan kita hentam atau kutuk orang pun, kan

terbaru dari saya : long bamboo

pB said...

kak pB tak aktif fesbuk nie ...

tak tau kenapa .....

AyunasiA said...

kenapa nama aku ko tak masukkan dlm kategori idols itu ha? nyampah!

kakLuna said...

kak anie ; ntah la kak anie..malu menebal..

ni tgh pk nk tulis kat Rosli Dahamin sbb dulu mmg minat sgt kat dia (maksud sy,cara baca berita hehe)

ili rosli dahamin x kenal ek?

a KL citizen ; tu la saya ni malu x bertempat hahaha

asia : ko kan jurutaip je..kategori Budak pejabat.. hahaha

Acik Aminbakish said...

Luna kita boleh set siapa yang boleh baca dan tak boleh baca apa yang kita tulis di status/wall.

Kalau hang segan.... bolehlah set tu, janganlah rasa kemaluan hang tu buat hang tersipu-sipu... hehehe...

Aku pun setuju ni, kalau dah baca tu boleh tak diam-diam..... tapi tak semua yang faham... :) Jangan risau, aku kalo baca aku dok diam je....hang poslah ye... hehehe :D