Friday, August 6, 2010

Bukan perkara luar biasa...


Akhir-akhir ini aku banyak mendengar kisah rumahtangga kawan-kawan yang aku sayangi mengalami masalah. Bukan niat aku menjaja cerita mereka di sini, cuma aku ingin meluah rasa sedih yang aku tak boleh elak ini.
.
Dulu (ketika umur pertengahan 20an) usia ni kurasakan sangat muda dan sudah tentu mereka yang sebaya aku belum lagi melalui keluh kesah, sepak terajang rumahtangga. Apatah lagi Bercerai???. fikirku, saat-saat ini tentu sedang enak diulit bahagia, mula menimang zuriat, mula memulai kehidupan, menikmati hasil gaji pekerjaan pertama dan sebagainya. Melewati gambar-gambar di facebook atau blog, Alhamdulillah, nampak bahagia, sungguh-sungguh bahagia.
.
Rupa-rupanya 'Yang Terindah Hanya Sementara', satu persatu aku mendengar runtuhnya mahligai di sana, ranapnya mahligai di sini. Padamnya api cinta di situ, pedihnya hati yang menahan di mana-mana. Kawanku, apa sudah terjadi?
.
Ada yang bersuamikan lelaki pemalas, mengharapkan poket isteri. Ada yang beristerikan seorang yang tak pandai menjaga mulut, mulut pantas mencerca suami dan sentiasa mengungkit kesalahan yang kecil. Ada yang suami berubah menjadi pendiam dan menjauh hati, secara tiba-tiba. Suami yang mengasari isteri. Dan sejumlah besar kerana kecurangan yang mendatangkan perasaan benci dan tidak bisa lagi bersatu atas nama Suami dan Isteri.
.
Usia masih muda, perjalanan masih panjang, anak-anak masih kecil tapi perpisahan tetap berlaku. Aku simpati dan sedih dengan nasib anak-anak, tapi aku tetap memberi sokongan, jika itu keputusan yang terbaik, siapalah aku untuk menghalang. Sebagai makhluk Allah, janganlah jadikan perpisahan sebagai titik kehidupan. Matlamat kehidupan ini tidak lain adalah untuk mencari keredhaan Allah baik sebagai bujang, isteri, isteri bermadu, janda atau apa, matlamat kita tetaplah mencari keredhaanNya.
.
Teruskanlah pencarian, bahagia itu ada di mana-mana.

6 comments:

Tirana said...

Kes penceraian semakin banyak sekarang ni. Kadang2 kawin baru setahun dua, dah ada masalah. Kena cari puncanya kenapa jadi begitu. Salah satu sebab ialah foundation(asas) tak kuat.. Asas rumahtangga -> IMAN.

kak Erna said...

luna ..tak tau nak kata apa kan..kalau perbalahan..tak sepenpendapat..memang biasa..diawal2 perkahwinan..
kena sesuaikan diri..kesabaran kena tinggi..salah seorang kena beralah..tak boleh dua2 panas..
cari punca dan selesaikan..insyaallah..
apa2 pun jodoh ketentuan tuhan..cuma kita berusaha..peliharalah..semoga berpanjangan.

Luna said...

kak tirana : ramai yg sedar asas tu tp tak ramai berusaha mempertahankannya..

kak erna : a'ah kak, dulu2 bercerai sbb psgn sakit atau cacat, kena pukul dan sbgainya. skrg ni cuma perselisihan faham saja dh berpisah.

Cikgu ILi said...

Kak Luna,
Saya dapat rasa apa yang Kak Luna rasa..sebab saya pun ada kawan-kawan yang saya nampak bahagia, tau-tau dah bercerai dan ada yang sedang dalam proses bercerai.
Kecewanya saya..cuma saya harap bahagia tu masih menjadi mulik kita kan Kak Luna.
Diorg pun tak jangka mende ni nak jadi...kadang-kadang tiba-tiba dapat tau psl kecurangan di saat-saat bahagia.

elly said...

Luna, memang dah lumrah sekarang rumahtangga tu senang sangat bergoyah...tak macam orang dulu2...selalu jugak jadi pendengar setia kekawan yang ada masalah macam tu...cuma kena berhati2 bila bagi nasihat...takut jadi pengeruh keadaan....

mummywildan said...

luna..aku pun sedih dgr..nak2 selalu dgr topik pagi kt Sinarfm. ramai muda2 lg dh di ambang perceraian..mmg kahwin ni dugaan hebat. semua kena jaga..mulut pun sama kena jaga. aku ni br nk menjengah usia 5 tahun. harap2 jodoh kita berpanjangan..amin..