Tuesday, August 17, 2010

sambil menunggu waktu berbuka...

Ramadhan kali ni, petang-petang sambil tunggu waktu berbuka, aku suka tengok TV1 rancangan Syahadah dan Nostalgia Ramadhan. Pada aku, kedua-dua rancangan ni ada manfaatnya yang boleh diikuti. Nostalgia ramadhan tu walaupun cerita tentang ramadhan selebriti (setakat ni aku sempat tengok episod Rosyam Noor, Rosnah Md Aris, Mamat Khalid dan Salleh Yaakob), tapi imbauan kenangan Ramadhan dalam kesempitan hidup sangat mengharukan.
.
Terutama kisah Rosyam Noor dan Rosnah Md Aris. Rosyam Nor miskin, duduk di rumah setinggan, nak cari duit lebih, dia jual ais ketul. Pastu raya ketiga baru dapat beli kasut raya, itupun hasil kutip duit raya dari rumah ke rumah. Yang paling aku sedih dia kata 'dulu waktu sahur dalam gelap cuma ada cahaya pelita, jadi lauk apa sekalipun rasa sedap sebab tak nampak. Sekarang ni walaupun dah mampu makan macam-macam tapi saya tak rasa lagi nikmat bersahur macam dulu'. Rosnah Md Aris pula sedih sebab ada sekali tu, dekat nak raya, rumahnya terbakar, dengan baju-baju raya sekali terbakar. Sedangkan nak dapat baju baru bukan lah senang cuma pada hari raya, tapi tahun tu, mereka kehilangan segala persiapan.
.
Sambil tengok tu, mak aku pun cerita yang pengalaman selebriti tu sama je dengan pengalaman mak aku waktu kecik-kecik dulu. Memang keluarga Tok dan Opah aku orang susah, keje menoreh getah dan makan dari hasil kampung saja. 'Macam rosyam Nor jugak le, bila nak merasa makan ayam atau daging, pegi lah beraya rumah orang, masa tu je dapat makan yang mewah sikit. Nak dapat duit lebih, jual ais ketul' cerita mak aku.
.
Masa zaman aku sekolah rendah pun, keluarga aku pun tidaklah mewah tapi tidak lah sesusah zaman mak aku. Off course la kan, zaman berubah, dunia makin maju. Tak lah sampai menjual ais ketul. Cuma ada persamaan ialah aktiviti sambil menunggu waktu berbuka tu. Dulu, aku merasakan waktu sangat panjang sebab takde aktiviti yang nak dibuat. Kalo kuar main kang, penat pulak. Rumah aku pernah takde TV dari tahun 1986-1988 (rasa macam dah citer beribu kali dah kan?). Maka lagi lah bosan nya mengisi 14 jam setengah tu. Tak macam zaman anak aku sekarang, aku tabik spring kat anak aku yang senang betul berpuasa. Bersahur senang, sambil menunggu waktu berbuka pula, ada saja aktivitinya. Lepas balik sekolah, solat kat masjid, pastu mengaji dan tidur sekejap. Petang bangun leh tengok facebook, layan youtube atau tengok CD. Tup-tup dah lepas Asar. Mandi pastu kuar main kejap, dah sampai waktu berbuka. Ada jugak la sesekali tanya 'mak dah pukul berapa?' atau 'mak...bila nak berbuka ni..?' tapi tak lah seteruk aku dulu. Tiap-tiap 10 minit tanya 'lagi berapa jam? lagi berapa minit?'. Melepek tu usah cakap lah, berpuasa macam nak mati!!!
.
Bila zaman dah ada TV tu barulah rasa terisi. (hai, macam besar sangat la fungsi tv ni kan?padahal, bukan banyak faedah malah mengkhayalkan). Macam orang lain juga lah, tengok drama-drama bersiri Wardah, Nur Hikmah, Rumah Kedai, Drama Arab Firaun (yang ada pelawak nama Yuyu tu, aku ingat sangat style cakapnya yang mendayu-dayu tu!). Masa tu pun dah faham erti puasa dan tak lah rasa puasa tu terlalu lama, malah dah menjadi kebiasaan dan boleh bersabar. - L

14 comments:

MOKCIK AZWA said...

Masa kecik2 dulu..hmnn...memang mokcik takde kenangan ler pulaks..tup2 dah masuk tingkatan 1 baru belajar posa. Tu pun selalu ngelat jugak huhu

dah remaja baru faham dan start puasa sepenuhnya. Nak tunggu waktu berbuka, selalunya azwa rajin buat kuih loyang dan biskut makmur...huii...dah lama benor tak buat kuih loyang sampai dah lupa resepinya hehehe..

kakLuna said...

kak azwa : oo biskut loyang atu biskut bunga ros tu ek..mmg sedap, rangup2,manis2

elly said...

Aku kalau masa kecik, tak leh tgk iklan berunsurkan air....silap ari bulan amik air sembahyang pun buat2 terminum...hehehehe

kakLuna said...

ellyMcbeal ; haha ko mcm aku,minum air smbil amik wuduk..ish ish..jahat sungguh kan

kak Erna said...

luna..akak dulu pun susah..mak bapak menoreh...walaupun sekarang ni tak lah senang..tapi ada kerja..
akak sampai dah keluar dari rumah..pi belajar pun masih tak ada tv kat kampong..masa belajar..dapat duit elaun..akak belikan radio untuk arwah bapak..seronok dia..dapat dengar radio..sedih..kalau diingatkan..dah bekerja..baru dapat beli tv..hitam putih ..

pB said...

salam Luna


kak pB , darjah enam pun tak penuh lagi puasa ...

melur said...

Salam luna jelita,

baru berkesempatan nak komen...sedihnya kisah hidup insan2 di sini.

Alhamdulillah, keadaan sekarang sudah bertambah baik.

Arena said...

Salam,

tengok cerita rumah kedai.. Memang lerr tu rancangan yang tak pernah miss tengok petang. Tapi dulu2 memang rasa masa panjang kan..

Rohaniah said...

hmmm...masa kecik dulu suka tengok drama Arab...ternanti-nanti...sbb cerita pasal nabi-nabi kekeke...dan suka dengar depa cakap Arab...

Kalau tak tengok cerita Arab, akak pergi main bola ngan kengkawan sebelah rumah hmmmm...

Sekarang ni, memang tak sempat langsung nak nengok TV...

Angah said...

Imbau balik pengalaman masa kecik..family memang bukan berada. makan apa yang ada. Selalu ayah bawak balik kentang/bawang yang masih elok yang dikutip kat stesen keretapi barang. Nak merasa ayam daging memang sebulan sekali pun mujur.

sampai zaman kat U pun rasa lagi susah. Beli ikan seekor potong dua untuk buka dan sahur. Ni sbb nak jimat, ayah sakit dan mak tak kerja. so Angah tanggung adik belajar kat UITM walaupun sendiri tgh belajar.

Ingat2 balik boleh nitik air mata. Tapi kan kesusahan2 camni la yang bentuk kita jadi lebih bersyukur dan berkongsi bila ada rezeki lebih. InsyaAllah..

Uncle Lee said...

Hello Kak Luna, how you doin'? Just dropped by say hello.
Apa you masak buka puasa? Ikan terbok goreng, ikan chincharu goreng sumbat chilli, ikan masak nanas asam?
Ada sambal belachan?
Its been many, many years since I joined my Malay friends buka puasa...they, not me...but really enjoyed their food.

One reason I used to date ahemmm, Malay women, ha ha. Not only for their cooking, but ha ha, their sarong kebayas,.....but all these bila P. Ramli, Saloma, Maria Menado, Kasma Booty was the top hits then.

You have a nice day and a pleasant bulan puasa, Lee.

Masy said...

hahaah ingt gak cite Firaun tu.. pastu si Yuyu tu kene kerat lidah ~

al-lavendari said...

salam. terima kasih kerana sudi jadi follower blog saya.

kakLuna said...

kak erna : hehehe..sama eh pengalaman x de TV..

kak PB ; mesti baligh lambat ni hehehe

kak laili jelita ; hm ye lah mmg kepayahan tu yg mengajar manusia menjadi berguna

arena : dulu2 bengong sebab ingatkan rumah kedai dirakam waktu puasa. dah 2 org watak yg dh x de kat dunia ni kan..pak halim nya dan tapa..

kak wear ; mula2 citer arab mmg ckp arab..tp thn 91 tu citer firaun tu ckp melayu pulak...sy ingat 1 je citer arab selain firaun iaitu 'ahlan ahlan bissukkan'

angah : thats y ko sgt memahami keadaan anak2 yg ko tolong tu..

uncle Lee ; betul tu..ikan cencaru sumbat is one of our favourite menu :)

masy ; a'ah. pastu pelakon nya tak lawa langsung. Amir mirtah pun boroi je