Tuesday, August 3, 2010

Tulisan buruk, tulisan cantik, tulisan anda bagaimana?

Hari tu masa sign report kad Luqman, cikgu bagitau dari segi pelajaran Luqman ok, cuma masalah tulisan dia yang tak berapa elok. Bak kata Sudin 'Bukan tak tahu baca, saya baca bunyi Arab, Ajis baca bunyi syair, Ramli baca tak bunyi langsung!'. Tengok contoh gambarajah di bawah ni pun leh tahu. Huruf P kecik beso semua dihentam atas garisan. Isk, isk, anak sapa lah tulisan camni ye? Aku bukan tak ajar dia tulis kemas-kemas. Cuma menurut cikgunya masa kat sekolah kadang-kadang budak-budak ni takut tak abis salin apa yang cikgu tulis kat white board, jadi dorang pun cepat-cepat tulis sampai jadi lintang pukang. Bila balik rumah, nak disuruh padam dan salin semula dah mengambil masa. Aku pernah suruh dia buat macam tu, tapi akibatnya kerja sekolah beres pukul 11 malam! Hai, kesian pulak kawan dah ngantuk.
.
Walau bagaimana pun masalah ni dalam proses pembaikan. Cikgu nya sendiri yang nak buat kaedah ini, iaitu buat satu buku untuk latih tulisan je. Jadi, setiap hari cikgunya akan tulis 1 ayat dan Luqman dikehendaki mengikut apa yang cikgu tulis. Semakin hari semakin baiklah perkembangannya tu. Tapi ada orang kata tulisan buruk, besar nanti jadi doktor. Tapi Dr Kwang yang rawat hepatitis B aku tu, tulisan cantik tau! suka aku tengok dia tulis report aku.
.
.
Berbalik isu tulisan ni, aku dengan Am masing-masing lah tak mengaku Luqman ni mengikut siapa tulisan buruk. Aku confirm tak ngaku punya! Tengok la tulisan aku, santek (ikut style sapa ntah cakap gini) kan?kan? Sebenarnya tulisan aku ikut mood jugak dan ikut pen! Kalo pen nya selesa dipakai, bermata tirus, berjenama yang dikenali macam Pen Stabilo ke, harus jadi cantiklah tulisanku. Tapi kalo cap ayam yang harga RM5 kau dapat selonggok tu, kadang-kadang dakwatnya putus-putus. Benci! Sebab tulisan aku jadi tak lawa. Nak liquid balik, malas pulak.
.
Hm, ni lirik lagu UK's. harap maklum.
.
Di bawah ni pulak tulisan Am, aku curi-curi scan dari nota kursus dia ari tuh. Cadang tadi nak scan surat-surat chenta eh kang ada pulak yang malu tahap dewata raya sebab tayang surat itu di sini. Dulu kan masa zaman bercinta aku penah cakap 'tulisan awak ni wat saya gatal hidong lah..' Apa motif aku cakap gitu, ntah ler, dah tak ingat. Tapi korang tengok tulisan dia ada rasa gatal hidung tak? Kalo takde, selamat...
.
.
Dalam keluarga aku pulak, tulisan paling cantik bagi aku, ialah tulisan Yong aku. Dari sekolah rendah lagi tulisannya cantik, kemas gitu dan memang dari situ lagi dah nampak ciri-ciri kecikguannya dan sekarang memang dah jadi cikgu pun. (eh ada petunjuk ek pemilik tulisan tu jadi cikgu?Ntah?Aku reka je.hehe). Adik-adik aku pulak style tulisan budak-budak sekarang ni lah. Sebijik-sebijik konon cute gitu. Kalo tak formal boleh lak besar kecik besar kecik cuma takdelah bunyik menyakitkan telinga macam tambah-tambah huruf W takde motif tu. 'Buat apew tu.dh mkn kew? Eii tak kuasa.
.
Dan aku paling suka tengok tulisan orang. Salah satu sebab aku suka antar kad raya kepada kawan-kawan sebab nak tengok tulisan lah. Hehe dah jadi tabiat gitu. Kadang-kadang boleh jugak 'baca' sifat-sifat seseorang melalui tulisan. Tapi aku tak lah seterer Madam Zora. Sikit-sikit , tipu-tipu 'membaca' boleh lah....

13 comments:

Hanisumayyah said...

Tulisan doktor tu tegak2...suka tulisan gitu, tulisan Luba jenis 'orang yang positif dan suka memandang jauh ke hadapan", tapi Am sebaliknya seorang yang suka mengenang barang2 yang telah lepas dan berlalu, susah nak dilupakan kot...

Akak tulisan biasa2 jer...tapi bagi orang lain yang tengok semua kata lawa, dan kelebihan akak pandai juga tiru tulisan orang....hani pulak dari tulisannya darjah 1 ni akak rasa tulisan dia mewarisi akak, cantik...tapi ayahnya tulisan jenis macam am..sendeng ke belakang tapi kemas...

Luna said...

kak wa : akak kenal sy sbb tu telahan telah 'dipengaruhi' hehe.

yg psl Am tu mcm ciri2 saya la pulak 'sukar melupakan brg yg lepas'.

tulisan akak sy lum tgk,aritu kad raya akak x balas...hehehe

Tukang cerita said...

tulisan aku pelbagai....
ikut mood kot.....
tulisan laki aku lawa jugak...wpun doktor...macam tulisan pompuan....
tulisan izzah lawa, sebab mak dia yg jelita yg ajo...
hahhahhahhaha.....

achik said...

tulisan saya ikut mood & pen jugak.. boleh buat stail tegak, condong, sebijik sebijik mahupun bersambung.. overall boleh diklasifikasikan sebagai santek.. ekeke.. ;p

MOKCIK AZWA said...

setelah meneliti sampel tulisan yang diberikan maka mokcik dengan sebulat suara bersetuju bahawa tulisan Luqman adalah mewarisi ayahnya waka waka....jgn mareee...nanti gatal hidung waka waka sekalik lagi...

Purpleheart said...

tulisan aku kecik tak padan dengan orangnya..

Luna said...

nurul : camne ye tulisan ko..hmm aku ingat2 lupa..tp masa zmn kita sekolah dulu mmg ada '1 pesen' tulisan..mcm rumput2..contohnya tulisan Rohana, kak pijot. ko ingat x pesen tulisan camtu?

achik : achiknya tulisan ala2 blues gitukan..tu tandanya org yg menghargai persahabatan...

kak azwa : tiba2 rasa nak bersin lak 'achoooommmm!!!' Alhamdulillah...hihihi..gatal idung kan..

sue : kata org, tulisan kecil jenis pemendam rasa.. :)

coklat~vanilla said...

kak noorin mmg cun la tulisan dia. kemas je buku laporan..buku laporan hana dulu ms jd cikgu tu, hampeh! hahahaha..wat malu ja. tulisan saya ikut mood. ;p

hana

AyunasiA said...

tulisan aku ada 3 yang biasa digunakan. 1, senget, bulat dan bersambung ala2 intelektual sikit. 2, tegak, bulat2 dan ada garisan di atas huruf seperti huruf a, d, g. dan 3, lonjong dan leper. yang paling selalu guna, untuk salin nota laju2 ialah no. 3. kalau jawab soalan pekse, no. 2 (sebab kemas). kalau nak nampak stylo dan matured sikit, no. 1.

kesimpulannya, tulisan aku kurang baik berbanding tulisan encik hairul.

kakLuna said...

hana : kdg2 pengaruh dr sekolah kot, dia dgn kawan2 dia pun dr dulu tulisan lawa2..geram tengok

asia : apa kata tahun ni aku bg kad raya kat ko, pastu ko balas? aku nak tengok tahap mana senget,intelektual,lonjong leper ko tu? hehehe

LB said...

salam..
tulisan yang pelbagai dengan pelbagai karekter personaliti yang berbeza..mmm..hehehe sorry, LB minat dengan bidang grafologi ni (mengkaji personaliti di sebalik tulisan)..kalau berminat, jenguk2la blog LB ya? http://labyrinthandherworld.blogspot.com/

Muhammad Aiman Bin Mohd Razali said...

I FOUND A CLASH OF CLANS GEMS GIVEAWAY! http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! I just tried that! (agFKxe2kVY)

Muhammad Aiman Bin Mohd Razali said...

I FOUND A CLASH OF CLANS GEMS GIVEAWAY! http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! I just tried that! (agFKxe2kVY)