Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ni sekadar bulan tahan lapar dahaga saja kah?

Persoalan ini aku perpanjangkan dari FB. Sebagai peringatan sesama kita juga kerana kadang-kadang kita alpa tentang tujuan Allah berikan hadiah Ramadhan ni kepada kita.
.
Dalam FB, tengahari2 lagi ramai dah cerita tentang berbuka, tentang lapar, tentang dok bau makanan kat opis. Ini sebenarnya secara tak langsung (walaupun bukan semestinya) menunjukkan kegagalan kita. Ya, gagal dalam menahan sabar tentang makanan dan minuman.
.
Ini terjadi kerana dalam fikiran kita telah set yang puasa itu setakat tahan lapar dan dahaga. Apa yang kita tak boleh buat, itulah yang kita fikirkan dan terbayang. Dari situ otak kita asyik memikirkan tentang makanan, seolah-olah puasa adalah tentang makanan, iaitu menahan makan, tapi dalam menahan-menahan tu, kita fikirkan jua! Paling lemah bila kita dah tahu kita sedang beribadat puasa, kawan-kawan muslimin pun puasa, kita pi buh gamba makanan dalam FB. Demi untuk menunjukkan 'inilah yang kita dok bayang dan idamkan untuk berbuka nanti'. Kalau dari segi Law of Attraction, apabila kita memikirkan apa yang kita tak boleh buat (makan dan minum ketika puasa), perkara itu tetap stay dalam fikiran kita menjadi sesuatu yang 'penting'. Ini menyebabkan segala yang ada di sekeliling memberi respon dengan impak yang lebih besar. Mulalah kita kata tercium bau ayam lah, teringat buah mempelam cicah asam lah. Lapar lah, dan kecur liur.
.
Cuba lah kita ingat semula tujuan Allah bagi kita bulan yang mulia ni. untuk apa? Adakah sekadar menahan makan dan minum atau tak boleh korek hidung atau mengumpat semata-mata? Ini adalah bulan ibadat, pahala yang diberi akan dilipatgandakan! Maka inilah yang kita perlu bayangkan dan checklist diri kita, apa yang kita lum buat, apa yang kita sempat buat apa yang belum sempat. Ini yang penting sebab waktu ni saja dapat pahala bonus. Bulan lain kalo buat ibadat pun ada pahala tapi tak sehebat bulan di bulan ramadhan!
.
Maka bayangkan lah diri kita sedang membuat ibadah-ibadah tersebut. Dari pagi, bayangkan buat solat dhuha (kalau dapat buat, lagi bagus!), tengahari bayangkan sedang tadarus, petang, bayangkan sedang solat tarawih ataupun sedang bersedekah, atau sedang membaca Al-Qur'an di masjid. Inilah perkara-perkara yang 'penting' untuk difikirkan berbanding makanan dan minuman. Dari situ, Law of attraction akan menarik segala apa yang kita fikirkan sehingga kita mampu lakukan. Bayangan atau gambaran makanan dan minuman tadi akhirnya sudah tidak menjadi mustahak lagi.
.
Kebaikan dari keinsafan dan muhasabah kita tadi, akhirnya kembali kepada kita juga, kita dapat tingkatkan ibadah malah Allah lipat gandakan pula pahalanya. Alangkah nikmat kita sebagai ummat Islam, kan? Alhamdulillah.... - L

8 comments:

Ummi said...

semakin usia akak meningkat semakin matang akak dalam berfikir, akak tak nafikan yang dulu akak pun aka fikir pasal makanan, nak berbuka kat mana dan sebagainya

tapi skrg ini Alhamdullilah akak telah berubah, akak akan gelisah kalau tertinggal solat, akak cuba solat dhuha, belajar solat tarawih kat rumah dan cuba tingkatkan amalan akak

so akak harap ramadhan akak kali ini lebih baik dari yang sebelumnya

inilah yang prof akak cakap, semakin tinggi kita belajar semakin dekat kita dengan Allah, memang akak akui, akak banyak belajar bersyukur dari sebelum-sebelumNya :)

kakLuna said...

kak ummi ; ya betul tu, sambung belajar tu cuma asbab, sbnrnya Allah nk bg peluang kita makin matang dan baiki diri.

saya pun tumpang happy..kita sbg org Islam, yg utama ialah melaksanakan apa yg Allah suruh kan...

elly said...

aku setuju....tapi tahun ni aku sedih sebab dapat ke aku puasa?? Mintak2 Allah kurniakan kekutan untuk aku mengerjakan ibadah puasa....

DDrfauziah said...

Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
Selamat Beribadah.

kakLuna said...

elly ; insyaAllah, kalo x mampu, Allah x uji..



kak G ; terima kasih la sbb sudi singgah blog x seberapa ni..


salam ramadhan utk kak G sekeluarga..smoga bln ini memberi seribu rahmat dr Ilahi...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam ramadan selamat puase

kak Erna said...

luna..kena mulakan dari sekarang..supaya tidak terlalu fikirkan tentang makanan..tapi tu lah..dah namanya..mak ni kan..tak boleh lari jugak dari memikir..nak masak apa untuk juadah berbuka..kalau untuk diri sendiri aje..rasanya mudah..bila ada anak yang berpuasa..itu yang ..selalu fikir..nak masak ape..

Uncle Lee said...

Hi Kak Luna, as my bahasa sebelum Merdeka I better comment in English, kalau tidak nanti silap get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, kan? Ha ha.
Just kidding.
Here's wishing you and family a pleasant puasa month.
You stay young and keep a song in your heart, best regards, Lee.