Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan yang terindah


Tidak dapat tidak, masa zaman sekolah menengah lah sambutan Ramadhan yang paling menyeronokkan bagi aku. Pada tahun 1992-1996.
.
Pengisiannya padat dan tak berpeluang untuk bermalas-malasan. Program Ihya' Ramadhan bermula seawal pagi, apabila tiba waktu bersahur kami dikejutkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dipasang sekuat-kuatnya. Masa tu rasanya, pasang kaset kat SMKASAS, 1 Bota boleh dengar! Alunan tu ada macam-macam pula 'qiraati' nya. Kebanyakannya dari kaset timur tengah. Dan nasyid-nasyid Nadamurni.
.
Pada hari tertentu, sekolah anjurkan solat dhuha, Isyrak secara berjemaah di masjid. Petangnya pula tadarus, malam sudah pasti tarawih 20 rakaat yang dibacakan surah-surah yang panjang pula. Teringat Ustaz As'ad yang bacaannya memang lembut (lambat), pada satu hari dia jadi imam dan baca surah Yaasin. MasyaAllah, kami ni rasa nak pengsan, ketar lutut bagai! Padahal itulah waktu yang paling banyak pahala boleh dapat atas kesabaran dan kekhusyukan mendirikan solat,kan? Pada hari yang lain para pelajar lah imamnya, ada yang suaranya sedap sungguh macam senior ku ni, ada yang hafalan nya hebat. Subhanallah untung nya mereka ni dengan bakat dan kurniaan Allah. Kita ni nak capai 'maqam' tara tu, hm ntah lah tapi harap-harap boleh!
.
Waktu berbuka dimulakan dengan alunan zikir, nasyid asma'ul husna sehingga lah azan berkumandang dibacakan doa secara berjemaah. Ya Allah seronoknya, rasa macam waktu makan tu berkat sangat. Tapi kejadian-kejadian yang tak menyenangkan macam makanan dicuri dari tray, kuih ditukar, kuah takde lauk biasa terjadi. Kat mana-mana sekolah asrama pun begitu lah, zaman budak nakal. Tapi kejadian tak seronok ni tetap tak dapat mengatasi keindahan melaksanakan ibadat Ramadhan.
.
Selepas SMKASAS, masuk UUM, sambutan ramadhan tentulah agak berbeza. Dulu, sekolah agama, satu bangsa satu agama, masuk U dah campur-campur. Macam kejutan budaya pun ada, maklumlah tak biasa lepas bebas. Jadi bila time ramadhan dah hilang semua semangat nak tarawih, tadarus tu semua padahal masjid tak jauh pun. Hm mungkin faktor kawan-kawan pun sama....kawan-kawan tak lah jahat, cuma tak sefikrah. Bila dah kawin ada anak ni, Ramadhan tetap seronok tapi tu lah kemalasan tu mula terasa. Dengan alasan penat balik kerja, pengisiannya kian terabai, cuma dapat pahala menahan lapar dan dahaga je. Itupun kalo dapat. hmm.
.
Dengan kesedaran ni memang aku bercita-cita nak memperbaiki pengisian Ramadhan dan tak nak bermalasan lagi. Lagipun Luqman makin besar, kenalah tunjuk contoh yang baik untuk dia walaupun sebenarnya sungguh mudah mendidik Luqman tentang puasa dan solat tarawih, tahun lepas sahaja dia dah mampu berpuasa 26 hari, harap tahun ni lebih baik. Dan harapan kami semua pun dapat mengulangi saat-saat Ramadhan yang indah macam dulu, barulah Hari Kemenangan 1 Syawal akan menjadi lebih bermakna. Insya Allah. - L

* gambar hiasan adalah gambar pelajar lelaki batch aku sedang buka puasa, gambar cilok dari FB

5 comments:

elly said...

Seronok ye bila tengok budak kecik berpuasa...tengok muka diaorang yang leti lesu tapi cuba jugak abiskan satu hari...teringat hero 2 orang...

Rohaniah said...

dulu-dulu puasa memang best...sbb kita tak yah nak fikir menu berbuka hahahaha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Ramadhan.

Kenangan zaman persekolahan memang tak boleh dilupakan..

oren said...

mmg betui..

selalunya ada 1 kali dlm bulan ramadhan tuh, menunya sgt spesel..nasik minyak, ayam merah semua, siap eskrem lagi..

bila solat terawih plak, sampai kena solat di koridor sbb tak muat surau..

time kat U, masih mengekalkan semangat yang sama..lepas U pun masih lagi..cuma sejak beranak kecik nih la, terawih selalu miss..last terawih kat masjid dulu tahun 2005 atau 2006..masa tu mira pun kecik lagi..seronot sbb dpt terawih..

la nih mmg tak p masjid lah..

bwk hero2 tu p econsave pun, rasa nak pensan asik kepung-ligan depa..kalo p masjid, lagi haru..takut merayap dan hilang terus jek..

selamat berpuasa!

kakLuna said...

elly : budak2 skrg sementara nk buka puasa melayan FB! hehe

kak wear ; aha betul jugak, dulu wpun x de bazar ramadhan tapi still x pening kepala mak2 kita nk wat menu apa

rin ; a'ah terutama sekolah menengah ...zmn remaja..hehe

kak oren : saya cabar diri sdiri nih, anak sorang takkan x leh nak pi tarawih..mesti kene buat jugak!