Bistu bila dah kena beli kad yang baru, udah rasa nyampah pulak nak bergambo. haha. Kaedah apakah itu? Kebetulan awal bulan kita pun sibuk dengan anak nak sekolah, kerja opis pun melambak, maka itulah alasannya kelewatan membuat entry ni. Bukan main lewat nya kau...dari 2010 sampai ke 2011 baru nak update! Setahun tu...! hihihi
Hari ni lah baru rasa lega sikit, sambil catchup blog kengkawan yang lain. Kebanyakan cerita pasal persekolahan anak-anak lah. Itu normal. Kemudian ada cerita orang baru kawin, baru dapat baby dan baru tambah baby. Antaranya kak PB...best nya dia dah dapat baby boy, di petang tahun baru pula tu.
Tentang persekolahan anak-anak, Luqman sekarang dah darjah 3. Alhamdulillah, masih kekal dalam kelas Bestari. Tahun lepas dah janji, kalau darjah 3, mesti solat subuh! Alhamdulillah setakat ni, dia memang mudah bangun dan menunaikan janji itu. Selain tu, Luqman dah naik Al-Qur'an jugak dalam bulan 12 hari tu. Seronok sangat perasaan sebagai ibu tengok dia baca Qur'an dengan tok ayah. Walaupun kalau dibandingkan aku, aku 'menang' lagi sebab naik Qur'an darjah 1 dan khatam darjah 3. Hehe tapi aku kena bandingkan didikan aku dengan didikan Ayah aku juga, dari segi ketegasan dan penyediaan ilmu agama, ayah ku lebih tegas dan mantap didikannya! Luqman belajar mengaji pun di tangannya, dan sekarang dah naik Qur'an pun dah cukup bagus berbanding kawan-kawannya yang lain yang masih membaca Iqra'. Aku syukur...
Perbelanjaan untuk persediaan ke sekolah, ha ini yang berkaitan dengan tajuk entry aku ni. Aku melawat-lawat blog kawan ada yang ceritakan berapa banyak duit yang lebur (eh bukan lebur, tapi labur..) demi memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Persediaan pakaian, alat tulis, kasut sahaja dah beratus, pendaftaran sekolah pula ada yang melebihi RM500, pendaftaran nursery atau tadika lebih mahal. Ada yang mencecah RM1000! Itu belum masuk yuran bulanan. Ya Allah, kalau aku di tempat dorang ni memang aku pengsan tak dapat hantar anak aku ke sekolah.
Perbelanjaan aku untuk Luqman, sederhana seadanya! Sesuailah dengan kami ni yang berpendapatan sederhana juga. Mujur pun anak baru seorang (kalau dapat lebih seorang, syukur juga). Tapi Allah lebih mengetahui hikmah nya anak seorang. Baju sekolah Luqman aku beli sehelai saja. Baju darjah 2 masih muat lagi. Tengok harga mula-mula RM 9.90 selai, bila scan rupa-rupanya RM 7.90 sahaja (sebab dah last minute, dorang bagi harga runtuh, kot). Kasut sekolah sepasang harga RM 20.00. Alat tulis termasuk pensil box lebih kurang RM 10 je. Seluar tak beli, sebab Yong aku bagi seluar anak-anaknya yang dah tak pakai. Beg sekolah pun pemberian adik-adik aku sebagai hadiah harijadi Luqman hari tu. Alhamdulillah jimat di situ. Jadi, untuk persediaan ke sekolah Luqman, aku belanja kira-kira RM 30 sahaja.
Untuk pendaftaran dan yuran. Buku latihan cuma RM 12.00, buku teks dapat percuma disebabkan status sekolah tu sekolah luar bandar jadi semua pelajar dapat SPBT. Yuran RM81. Tahun ni juga aku daftarkan Luqman kelas KAFA walaupun dah terlambat, tapi Ustaz tu kata, tak mengapa, sebab silibus pelajaran nya lebih kurang sama dengan di sekolah rendah, jadi Luqman tidaklah ketinggalan banyak sangat. Apatah lagi mengetahui yang Luqman dah naik Qur'an, Ustaz tu kata itu satu bonus sebab ada pelajar yang KAFA dari darjah 1 sampai darjah 5 masih bertatih-tatih membaca Al-Qur'an. Aku syukur... Yuran KAFA adalah RM 120.00, bulanan ada kah? haha tak pasti la pulak. Kelas KAFA bermula 10hb ni. Dan cadangnya nak beli baju melayu putih aku budget bawah RM30. Kesimpulannya, perbelanjaan untuk persekolahan Luqman, tidak melebihi RM 300. Cukup sederhana,kan?
Syukur sangat sebab Allah mudahkan aku dalam hal ini. Walaupun sebenarnya aku tidaklah berniat nak tinggal dengan mak aku untuk selama-lamanya. Perancangan tu memang nak duduk di Penang terus, rumah pun dah ada kan. Tapi itulah, aturan Allah adalah yang terbaik. Buat masa sekarang aku masih lum mampu untuk menghadapi kehidupan di bandar yang besar, yang sudah tentu menuntut perbelanjaan yang tinggi, untuk sekolah, yuran bas, kelas petang dan sebagainya. Selagi aku belum mendapat pekerjaan yang lebih baik dan di Pulau Pinang, selagi itulah rutin kehidupan aku begini. Paling lama aku rancang ialah sehingga Luqman tamat darjah enam. Namun, keputusan terakhir aku serahkan pada Allah, jika ada jalan yang lebih baik, aku pasti syukur dan terima!
Sebagai penutup entry ini, aku buh gambar pertambahan 3 hiasan kat umah aku yang kononnya kreatif la sangat! hahaha.
ikut jam ; sepasang tirai buluh (yang harganya RM16.00 satu), cat hijau di dinding sinki dan hiasan daun plastik yang berharga 80 sen ke singgit satu ntah?, dan gambar hiasan dinding sebelah lemari yang berharga RM 20 sekeping tapi cantik,kan. Ala-ala Italian gitu. (sapa lagi nak puji umah aku kalo bukan akuuuuu jugakkk, kan.....)
16 comments:
kat sini ada yuran bulanan kafa, 13 untuk kelas dan 15 untuk yang mengaji after class
yuran kafa yang kena bayar 167, berbeza sungguh dari luar bandar kan, seronok kalau akak dok area tikam batu kat rumah mak akak, banyak beza dengan duduk di bandaraya ipoh yang semuanya main duit aje
setahu akak budak-budak semua dapat buku bantuan kan, dah tak payah beli, kalau tak mesti anak akak tak dapat, lagi satu hal kena beli buku padahal bukan ada duit banyak pun
:(
kak ummi : o ye kah SPBT skrg smua dpt..sy tatau pun. ingat depa ikut taraf sekolah..
a'ah buku teks pun mahal satu buku rm20 kalo 10 dah 200..buku latihan lagi.
oh kafa ada bulan2 ye. kalo rm15 tu insyaAllah mampu..
selamat tahun baru and best wishes :)
emm macam kena ngan aku jugak la entri ni..smpaikan mak aku cakap 'hantar je la aina skolah kt kg..belanja pun tak banyak'..konon nya la..kata bapaknya..lagi banyak belanja kalau tiap bulan kami nak balik kg tengok kakak.
huhu..biarlah anak2 depan mata
..susah senang hadapi bersama
mahal betul perbelanjaan skang ni.. budak2 opis saya ramai yg hantar anak2 gi tadika hebat2.. tgk yuran masing2.. perghhh! blum kawen kena start menabung camni..
Kafa yuran + buku teks RM245.. bulan2 yuran RM 30 + ngaji RM 15..tadi baru survey nak hanto nurin tuition paling murah RM 95 utk 4 subj...kalau dok area sini Luna semua kena sedia duit je..antara mampu ngan tak je..macam kak nonie yang keja kuli batak ni..kena buat kira2 kalau nak buat apa2 penambahan pebelanjaan..itu tak masuk nursery, transport bagai..tapi bila difikirkan balik rezeki yang kita dapat ada bahagian masingkan? tak palah demi anak2 pejamla mata sat masa bayaq yuran tu hahaha
Alhamdulillah, murah rezeki akak.
Kat kl, belanja tadika lagi mahal dari sekolah. Mujur anak saya masuk sek boleh tarik nafas lega sikit
maksu ; best wishes to maksu too.. :P
irfa : hm tu la. mmg belanja tu mahal, tp waktu bersama anak lagi tidak ternilai..
achik ; huhu tu la..mmg la bagus kalau dpt tmpt yg terbaik cuma kalo x mampu kena buat cara x mampu
kak noni : kat changlun pun mahai jugak kan kak pasai depa tau kat situ ramai anak2 lecturer..hehehe
aida : alhamdulillah. tang ni Allah mudahkan
Luna,
Kalau ada pilihan akak pun nak duduk kat kg, tapi dah tercampak kat sini apa nak buatkan...tentang kos tu kdg2 ada pilihan yg lebih murah kat bandar ni tapi kena sacrifice tang lain pulak, macam masa xsesuai sebab takde org nak ambil/hantar/tengok anak...at the end pilihan ada kenalah hantar sek yg waktu sekolahnya bersamaan dengan waktu ibu bekerja....ada pro and cons jugak duk bandar dan kg...mgkin keluar kos lebih tp hasilnya agak berbaloi juga....tp apapun masing2 dah ditentukan rezeki masing2....adalah hikmahnya tu..apapun akak kagum dengan harga baju tu awat murah sangat...akak belkikan farouk hari tu RM 18.90...paling murah tu...kat Mydin jer pun belinya....tang mana lah yg murah tu agaknya....???
luna
memang bezalah duduk bandar dengan kampung.. tapi insyaAllah rezeki ada di mana mana tinggal kita usaha nak cari aje. overall belanja cik ika nak masuk sekolah ni RM1.2k. memang byk, tapi alhamdullillah rezeki tu tetap ada. macam kata salwa, adalah hikmahnya. kalau diberi pilihan pun tetap nak tinggal kat bandar, kak zar tak mampu dari segi emosi dan mental utk tinggal di kampung.. tapi tak tahulah kot kot pencen sok teringin nak duduk kg plak...
dulu masa kak zar nak keluar dari rumah mak dan duduk menyewa selalu terpikir, mampu ke aku? tapi kena yakinlah Allah takkkan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu ditanggungnya..
salam tahun baru kakluna
memang betul ape akak cakap tu.bile dah ade anak ni, walaupun blm bersekolah lagi tapi saye dah terasa tempiasnya. rasa takut plak nak stay sini lelama, cam nak balik taiping je kalo ikut rasa hati..dah la ada taman tasik yg nyaman kalo stress leh g menenangkan hati dgn famili..perbelanjaan pn tak tinggi sgt kat sini.tapi masalah nk transfer kerja tu le..hmmmm...
kata org barang skrg dah naik, sebenarnya kita mengalami inflasi, sebab matawang kite dah jatuh..terpaksa ada backup plan utk teruskan hidup..
syukur...kat bandar semua mahal..kawan aku pernah order telur dadar kosong-kena rm3..tk la besar mana..terkilan jap kawan aku..
bertuah badan sbb sekolah tu dpt pinjaman penuh buku teks..
kakyong antor anak Taski ABIM pendaftaran + yuran bulan Jan (termasuk uniform, buku2, insuran dsb) rm200.. bulanan rm40..
pandai luna menghias rumah.. walau murah, kalo kena gaya., pasti mjadi deko nya..
kak wa ; hehe baju tu beli kat econsave...smlm beli baju melayu KAFA sepasang RM 15.90 je..
saya tgk perbelanjaan sekolah hani dgn yaya tu la saya telan air liur ya Allah kenapa banyak sangat..tapi sy fikir, kalau akak mampu,apa salahnya kan..yg penting dorang dpt pendidikan dan mudah urusan amik dan antar
kak zar : org kata kalo nak dok pekan skurang2 kena gaji 5k suami isteri. sy 3k pun x sampai..mmg x mampu ler..hehe
ainul : tu la ainul, mmg memeningkan. belanja utk anak saja separuh gaji kita.
sue ; syukurlah sini nasi lauk sotong dgn ikan goreng masih rm2.70 dan nasi beriyani ayam rm5.
kak yong ; hehe tu la skrg banyak produk dr china, tu yg leh dpt murah2
bila anak cepat besar, ada jgk yg terkena beli seluar tengah tahun.. adei.. pastu terkoyak rabak pon ada ni..
luna: Allah tu lagi maha tahu. apa2 pun aku suka cara ko! bersederhana. kalo boleh jimat, jimatlah..
anak aku si dara tu memang ayahnya nak suruh cakap cina. so nak tak nak kenalah kluo duit lebih sket anto tadika cina. ikutkan KRISTA lg mahal 400 lebih sebulan.. mana nak cekau???
memang tak dinafikan ada org bangga bebenor anto anak mereka ke skolah mahal2.. takpelah hak mereka kan kita doakan aje lah anak2 mereka menjadi manusia seperti mana kita doakan anak2 kita...
aku ade 2 org kwn, sorang sederhana sorang lg menunjuk2.. yg sederhana punyalah humble nak bercerita. tapi yg menunjuk2 tu asik cakap beso je... takpelah kita tgok sajalah ke mana pengakhiran anak2 mereka...
tepuk dada, tanya kemampuan masing2.. besar periuk, besarlah keraknya...
Post a Comment