Heaven sungguh cuti kali ni walaupun singkat je. Sampai terlupa nak update blog. Hari Isnin pun masih bercuti, so 3 hari bersiaran dari penang la kaedahnya. Ditemani hujan yang turun renyai-renyai dan kawasan rumah ku di tepi bukit tu, wahhh nyaman sekali...
Ke mana destinasi dituju kali ni? Chewah macam rancangan destinasi budget pulak. Hehe. Hm hari sabtu kami bertandang ke majlis perkahwinan Lizaleen ni dengan Busyuk ops, Zul la. Apa lak busyuk, kak luna ni suka mengusik lah. Ye lah dari zaman awal blog kak Luna dah nampak nama busyuk disebut-sebut dalam blog Leen. Lama tu, dari 2006, Alhamdulillah akhirnya dipertemukan jodoh antara depa ni. Mudah-mudahan dengan ikatan suci ini, rezeki depa bertambah murah. Semoga Leen pun dapat cikgu KPLI (kami sama-sama dapat interview!) Itu yang aku selalu doakan buat masa ini, untuk dia dan juga untuk diri ku.
Ni doorgifts Leen bagi, ada coklat ferero rocher, ada bunga telur, ada coklat, kuih bahulu dan yang special nya ada surah yaasin. Lain daripada yang lain dan sangat bagus! Mengingatkan kita agar mengamalkan membaca yaasin dan al-Qur'an, jangan selalu terleka.
Laksa mai dari Kuala Perlis yang menjadi side menu pada hari berbahagia itu. Mulanya Luqman je yang nak makan laksa, aku masih kekenyangan. Tapi aku tumpang rasa sikit je laksa Luqman. Slurp. Tiba-tiba terdiam menghayati rasa yang sukar digambarkan. Mak aiiii sedapnya laksa ini!! Saya mesti pilih! So aku suruh Am amik kan semangkuk, kebetulan masa tengah amik tu, depa tengah topup laksa, rencah-rencahnya dan kuahnya. Wah memang panas-panas lagi lah. Siap buh asam limau lagi.
Itulah ending episod perjalanan ke kenduri Lizaleen. Dari situ, singgah SP kejap dah alang-alang lalu kan. Takkan tak singgah? Sampai SP, ada kenduri jugak sebelah rumah, tapi dah kemas-kemas dah, kami pun still kenyang lagi so takpe lah kalo terlepas waktu nya. Tup-tup, sebelah umah belah kanan lak buat majlis besdey anaknya pukul 6 petang tu. Wah rezeki rimau la. Ada kek, bihun, laksa (lagi!), kuih muih, ayam goreng ala KFC dan puding nata de coco. Lepas Maghrib baru bertolak ke Penang dengan perut ketat, sampai Penang memang landing je la...
Hari Ahad pagi aku kena amik darah kat Hospital Kulim, so pegi Kulim, pastu boleh lak balik Tanjung Piandang dulu sebabnya kad ATM Am tertinggal la pulak kat umah mak aku. Duit memang cukup tapi kok emergency ka apa ka, nak cocok pakai apa? Aku lak belum gaji so baki memang kat lubang hidung je la, tak dapek nak nolong. Buat keja gila sekejap, lepas makan tengahari, lepas tengok Gone With The Wind (best giler citer nih, 1st time nengok sampai abis!) baru lah kitorang gi balik ke Penang. Sebab-sebab kena jugak balik ke Penang tu, sebab...jeng jeng jeng....ni, sahabat blog ku yang ku sayangi ini datang bercuti ke Penang!
Ada orang cakap kita kembar, weh?
Kenal ke? Ada yang kenal ada yang tak. Ye lah, list blogger kita semua bukannya semuanya sepaten, ada yang kenal ni tak kenal tu. Ada yang blog kita baca tapi kita tak linked. Aku dengan Ayunasia dah kenal sejak zaman awal blogging lagi yakni tahun 2006. Ayun adalah gelaran suami dia dan Asia (Norasiah) ialah nama beliau. Dah terang-terang dia tulis kat profile blog dia tu, tapi ada gak yang panggil dia Ayuna. hikhikhik. Sabar je la. Pada mula perkenalan sekadar dia baca blog aku, aku baca blog dia. Kadang-kadang miss sebab dia rajin tulis, panjang ceritanya. Kitorang rapat sejak bila ek? Zaman-zaman dah ada facebook ni la rasanya. Tahun 2009, selalu chatting kat YM dan FB. Sembang-sembang eh banyak jugak persamaan antara kitorang ni. Bak kata dia 'sefrekuensi'. Dia tahu apa yang aku tahu dan aku pun leh respon apa topik yang dia keutarakan. Ceh, macam forum pulak.Dia kata dia bukan jenis nak jumpa-jumpa blogger ni, low profile katanya. Alah, aku pun bukan macam tu jugak, tapi kalau ada kesempatan datang ke tempat-tempat yang berhampiran, apa salahnya jumpa. Bukan jumpa semata-mata nak gather2 antara blogger. Aku pun tak penah pegi kalo ada function cenggitu. Segan aih. Kita bukan blogger tegar. Nuffnang pun kejap ado kejap nan ado.
Aku happy la dengan pertemuan ni, ianya merapatkan lagi silaturrahim. Laki aku pun dah kenal laki dia. Dan laki dia idak la jeles lagi dengan aku sebab asyik online dengan wife dia. Sekarang dah kenal kan? So tak marah ar? Tak marah kan? hahaha. Kami jumpa kat Padang Kota, mula-mula jumpa depan hotel pastu kami suruh dia memollow. Lepas Padang Kota, depa nak pegi Batu Feringghi so kami pun tunjuk jalan ke sana. Beli DVD lah tu. hehe.
Hari Isnin, aku cuti, Am pulak halfday. Lepas Am balik, kami pi Queensbay pulak nak makan dan tengok wayang. Mulanya nak tengok Gulliver's Travel tapi Am kata Tron dah lama nanti habis tempoh wajib tayang, so kami pun pilih Tron. Best giler Tron. Ada rasa macam 'back in 80's' jugak. Masa makan, jumpa lagi Ayunasia! Haha kelakar. Tau pulak depa ni jalan ke Queensbay. Salute ah. Ketidakbiasaan bukan satu halangan. Macam perangai aku dengan Am lah tu. Tak tau jalan ke apa ke, mesti cuba! Ini baru Malaysia, takkan leh sesat kot. Tak tahu, tanya. Ada setengah orang, kalau tak tahu, memang tak berani cuba nak menjelajah dan lebih rela tak pegi. Bagi kami, kalau terlajak, U-Turn! Apa susah? hehehe.
That's how we ended our holiday. Nak kata letih tak sangat la cuma excited, cuaca pulak kadang-kadang mendung, kadang-kadang hujan, kadang-kadang je panas. So tak distress langsung. Dan kerana happy sangatm pagi ni Am dah terbangun lambat nak pegi keje. Alamak!!!! - L
10 comments:
sapa lah yg sengal panggil 'kembar kau' tu dgn nama ayu?haha
happyIrfa : hahaha tak tau la irfa...ko kenal ke? hahahaha
bestnya.... tu je yg mampu aku taip...
sweet mekap leen.. :)
aini ; kat mana yg best? hehe
achik ; achik mai la penang..
jumpa kwn yg segeng.... byk persamaan...
bestnya...
kami tak jln pi memana cuti nih..last week gi penang, belikan mainan (dh janji ngan budak2)..
ahad nih plak nak pi register muhd masuk pasti kat parit nibong..akan start kelamkabut lah..huhuhu...
hehe yg betulnya itu kali kedua aku ke penang dan jln2 utama x byk perubahan kot. so, masih boleh percaya pada peta yg aku beli pd tahun 2007. peta ya, bukan gps...
Salam Yong Luna, salam dari Istanbul! Ehh bestnyer ada Laksa kat kenduri kawin, tak penah dengor! Kalau ada laksa masa kenduri mesti nak makan laksa dulu! Selamat menyambut cuti bola dan selamat sambut sekolah buka! Mutlu Yilbasi 2011 Yong Luna!
best nya dapat cekelat fererooooo.. lama tak mai sini..
Post a Comment