Monday, December 13, 2010

pengalaman temuduga kpli

Alhamdulillah, sudah selesai satu urusan. Sekarang boleh duduk dengan tenang sehinggalah keputusannya keluar pada 22 Januari nanti.

Sekarang ni nak kongsi pengalaman interview tadi. Walaupun aku rasa aku tak layak nak cerita sebab baru peringkat interview belum tentu keputusannya seperti yang dimahukan. Cuma, aku tahu tika dan saat ini carian yang paling popular ialah 'tips temuduga kpli' dan 'pengalaman temuduga kpli'. Aku tahu sebab aku pun buat macam tu! haha. Jadi kalau nak naikkan rating blog anda, buatlah entry seperti ini.

Tapi, itu bukan niat utama aku sebenarnya, tapi aku benar-benar ikhlas nak kongsi pengalaman ini dan bagi tips kepada yang akan melaluinya sepanjang 2 minggu ini. Kalau sapa yang baca dan dapat manfaat, amik lah nasihat aku ni dan adjust la untuk diri sendiri bagaimana nak menghadapinya.

Aku dipanggil temuduga untuk sesi pukul 8.00 pagi, 13 Disember 2010. Sampai di tempat temuduga, kami diminta menandatangi senarai kedatangan terlebih dahulu. MasyaAllah, aku orang pertama! Nampak sangat la haku yang paling veteran di situ. Nak buat macam mana, sampai sekarang, belum ada dorongan rezeki untuk aku menjadi cikgu walaupun memang aku betul-betul minat bidang ni. Sejak grad dari zaman isi borang atas kertas sampai la isi borang online aku mohon. Betapa gigih! Tapi bukan sebab takde kerja lain ke apa. (eh aku kerja dengan gaji yang agak mencukupi juga untuk keluarga kecil aku nih, cuma tidak lah bermewah-mewah). Pekerjaan guru adalah mengajar, mendidik dan membentuk seorang manusia menjadi hamba Allah yang berguna. Ilmu bermanfaat yang diajar, takkan putus pahalanya selagi diamalkan orang. Jadi, kerjaya apakah yang lebih mulia dari ini?

Disebabkan aku minta opsyen bahasa Inggeris, jadi temuduga dijalankan ada 3 sesi. Kesemua sesi dijalankan dalam bahasa Inggeris. So, bersedialah untuk all-out apa je yang anda tahu. Sesi pertama, penulisan esei minima 150 perkataan. Tajuk diberi ada 2 tapi pilih 1 je. Tajuknya 'how to decrease crime rates' (tak ingat tajuk penuh, agak panjang) dan 'who make better teachers, men or women?' Aku pilih no.2 sebab aku dah nampak points yang aku nak elaboratekan. Selesai esei, ada interview group. Ada 2 tajuk kena bincangkan. 1, 'does tertiary education has benefit you?' 2, Is academic the only measure for someone's success. Lebih kurang camtulah. Jadi setiap orang tu bagi la sorang satu point. Kalo semua dah bagi point tapi panel interviewer macam diam je (seolah-olah tunggu points lain), sambunglah lagi perbincangan. Kalo nak mudah, sebelum masuk tu kenal-kenal lah dengan calon lain, jangan sombong je..nanti nak bincang bersama juga, manalah tahu kalo kita blur, dia boleh cover atau bagi hint kat kita. Pong pang pong pang pong pang, abis lah sesi group interview.

Kemudian tibalah saat yang paling mendebarkan, iaitu individual interview. Aku orang pertama jadi aku kena set the benchmark untuk orang lain. haha. macam bagus je kan? Mula-mula soalan 'Please introduce yourself' So aku cakap pasal tempat lahir, sekolah rendah, menengah, universiti, taraf perkahwinan, pengalaman kerja, hobi dan cita-cita. Cita-cita kena cakap last pasal nak highlightkan kenapa apply KPLI tu. hehe. Pastu dia tanya isu semasa, pasal KSSR. Alhamdulillah aku ada baca tentang tajuk ni. terima kasih kat kawan aku yang bagi tips sebelum interview. Kebetulan, aku ada prepare 1 handout (dorang memang tak minta tapi aku amik inisiatif sendiri buat dan print dari power point, laminate dan buh ring) untuk mengukuhkan points aku tentang bagaimana nak mengajar kanak-kanak dengan lebih kreatif dan interaktif selaras dengan pelaksanaan KSSR. Siap ada gambar Bob The Builder dengan Dora the Explorer lagi. hehe. Terima kasih juga pada kawan aku yang suggest aku bawa alat bantu mengajar yang bersesuaian. Terima kasih juga kat anak aku kerana meminjamkan mak nya ini buku teks English Year 3 untuk aku tengok syllibusnya. Banyaknya terima kasih. Macam Anugerah Skrin lak.

Soalan 'maut' yang dia tanya, biasalah.. 'Do you willing to teach at remote school?' Bagi aku insyaAllah aku sanggup. Tapi mula-mula aku cakap la, aku ada wat research (research la kunun), bilangan SJKT kat Penang ni ada 20 yang mana 4 di pulau dan 16 di mainland. So aku rasa tak de masalah kalau ditempatkan di mana-mana. Pastu interviewer kata 'wah, you are so sure you're goin to be placed at penang, but i tell you, it is not necessarily' Pastu aku kata, actually kat mana-mana pun takpe, cuma aku jawab based on masa mula-mula apply tu aku prefer negeri Pulau Pinang. Aku pun sengih dalam hati cakap 'ntah aku ni pun, beria2 citer pasal sekolah kat penang tu apsal' . Tapi takpe lah, sebab interviewer tu take my answer as a joke. Kurang la sikit stress kan bila ada sesi-sesi ketawa riang nih.

Tentang persediaan, aku tengok ada juga yang gagal memenuhi apa yang diminta dalam surat panggilan temuduga. Ada yang tak sahkan salinan, yang tak download surat pengiktirafan ijazah, ada yang berkasut sandal, ada yang tak susun ikut checklist sedangkan tu semua sudah diberitahu awal-awal. Jadi bagi yang belum interview tu, amik beratlah hal-hal macam ni. Kalo borang tu suruh senaraikan keputusan SPM, senaraikan semua subjek bukan isi keputusan 3 subjek yang telah siap disenaraikan. Itu nak mengetest kita meticulous atau tak. Sebab tu dia buh subjek BM, BI, MATE dan tinggalkan ruang lain kosong.

Persedian kerohanian, kita sebagai orang Islam ni, sebelum interview tu buatlah solat hajat, solat dhuha banyak-banyak. Baca yassin atau surah al-waqiah. Kemudian minta maaf dari ibu dan bapa, mohon restu dan doa mereka. Sebelum interview peluk cium mak ayah kerana doa mereka adalah makbul! Untuk menghilangkan nervous, bacalah 'ya amanal qo'ifin aminna/salimna/najjimna mimma naqof' banyak2 ataupun ayat 1000 dinar. Sesudah melakukan semua ini, barulah tawakal kepada Allah. Aku ingat lagi pesan cikgu Matematik aku, cikgu hashim tasir namanya, tiap kali exam dia pesan 'Kalau kita dah bersedia dan buat yang terbaik, janganlah risau, Allah itu tidak zalim untuk membiarkan hambaNya yang telah bersungguh-sungguh untuk tidak mencapai apa yang dimahukan.' Gitu pesannya, dan gitulah juga pesananku untuk calon-calon interview kpli seterusnya. Semoga Allah membantu dan mendorongkan rezeki dalam bidang ini kepada kita semua. - L

19 comments:

Yan said...

Alhamdulillah.... nampak preparation ko ni Luna...bangga aku baca entry ko nih..:)

Agaknya kalau aku pergi dulu tentu aku tak berjaya sbb tak buat enough preparation. Aku doakan ko berjaya jadik cikgu dan aku nak ada rama cikgu2 kat Malaysia yang macam Cikgu Lubna...

Tahniah *two thumbs up!*

Acik Erna said...

lun..alhamdulillah..dah bersedia sepenuhnya..dan insyaallah..berusaha sudah bertawakkal.aje..mudah2an ada rezeki luna..

sally mcjepun said...

puan khutubkanah...entry yg bgs...n info yg berguna tuk peserta tahunan mcm aku...hehhe..tq ye...hrp ko dpt AMIN

kakLuna said...

yan : yg baik dtg dr Allah tp dlm bentuk kwn2 yg byk bg tips dan teknologi internet ni juga...Alhamdulillah, apa yg aku baca, itu yg dorang tanya..

thanks sbb doakan aku..

kak ena ; ye kak, sy rasa dh buat yg terbaik, skrg masanya utk tawakal kepada Allah

sally : thn dpn minta subjek bahasa tau...

Aini Razali said...

ala terlewat membaca entry ko. memang dah agak ko akan post entry ni... padat preparation ko dan ada inisiatif. yg penting ko buat ngan yakin. ko punya interview ni sebijik mcm interview PTK aku. kena take note entry nie manalah tau aku kena interview keje lain lak.. apa2 pun jgn putus berdoa agak impian ko tercapai juga akhirnya. Insya Allah...

Zareda Norman said...

persediaan sangat rapi.. InsyaAllah.. mudah mudahan makbul kali ini...

Irfa said...

luna..
kagum aku dgn persedian ko untuk gi intebiu..tadi baru borak ngan kawan lama zaman zkolah..baru jumpa dalam fb//dari pemerhatian kebanyakkan kawan skolah aku dulu jadi cikgu..smpi aku rasa 'eh senangnya nak jadi cikgu'..harap ada rezki ko nak jadi seorang PENDIDIK .amin

kakLuna said...

aini ; alhamdulillah..aku buat yg terbaik je, lgpun thanks to my experience before...aku penah lalui intw2 yg dashyat masa apply PTD dulu huhu

kak zar : mudah2an kak zar...dh lama menunggunya..

irfa ; tak senang jugak irfa terutama KPLI...kalo yg amik cikgu lps SPM atau amik ijazah pendidikan lebih mudah...

achik said...

mudah2an ada rezeki utk akak kali ni.. insya-Allah.. :)

kakLuna said...

achik ; teringin jugak nk rasa kejayaan kan,,,thanks sbb doakan akak..

terungceweng said...

salam luna...
Semoga impian menjadi kenyataan...InsyaAllah...

Ummu Auni said...

mudah-mudahan :D

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Luna, dah lama tak ke sini sebab lama Yong tak update entry. tengok2 dah update. Akak doakan Yong Luna berjaya dlm interview tu nanti. Guru BI ni selalu Wanted! Akak baru abis ngajar 1 semester kat UMS, diorang minta sambung kontrak, terpakasa tolak sebab Akak ada urusan lain.

melur said...

InsyaALLAH, berjaya Luna Jelita...

attyfir said...

semoga luna berjaya dalam interview tu nanti ..amin .

Unknown said...

luna,
suka point di perenggan akhir tu.... :)

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Akak doakan yang terbaik untuk Luna

risanur said...

insya'allah cita2 luna untuk menjadi sorang guru akan berjaya...luna dah buat yang terbaik...

kakLuna said...

nize ; terima kasih atas doa..

yong halimah ; dengor2nya gitulah mmg deme nak nambah cikgu BI kira2 13k disebabkan pemansuhan PPSMI tu..

kak melur jelita ku sayang ; terima kasih doakan..

kty ; itulah harapannya..

kakyong ; hehe ate mmg beno,kite kena baik sangka dgn Allah

kaktie : hehe terima kasih kak..

risanur ; tu la,mmg puas hati dgn intw ni berbanding intw2 sblm ni yg rasa blur, bodoh dan ntah apa2...