Aku sebenarnya dalam mode debaran ni. Susah betul nak mengawalnya kalau dah spesis darah gemuruh ni.
Entah apa yang ditakutkan, tak tahulah. Ini bukan kali pertama melalui, malah dah berkali-kali. Tapi debaran itu tetap lah sama. Pengalaman ada, tapi umpama bermula dari zero semula.
Harapan kali ini memang tinggi dek sebab umur pun dah meningkat. Persiapan dokumen boleh dikatakan 80%. 10% lagi nak mengesahkan salinan dokumen. 10% lagi nak mengisi borangnya.
Namun aku sedar, dapat atau tidak adalah ketentuan dari Allah. Hanya Dia yang paling arif mengatur apa yang terbaik untuk aku. Oleh itu, aku harus berusaha sebaik mungkin dan memohon pertolongan dari Allah SWT agar proses ini dipermudahkan. Selebihnya, tawakaltu ilallah. Aku juga memerlukan sokongan dan doa-d0a dari kawan-kawan yang membaca blog aku ini, jika korang sudi mendoakan aku.
Tarikhnya 13hb. Doakan aku berjaya intw KPLI kali ini!
10 comments:
didoakan semoga berjaya...andai tak berjaya jgn putus asa. pasti ada hikmah disebaliknya.
terima kasih..
Good Luck kak Luna..senyum kasi cun punyaaaa...
KPLI ye? Hmph...apa yang saya jawab dulu ye? ha, dia tanya fasal hukum hudud. apa pendapat saya. ops, sebelum tu dia suruh saya selesaikan soalan matematik.
ha, saya dapat. patut jadi cikgu matematik. interviewer saya siap note untuk saya ngajar add maths budak form 4/5//hihihihi
all the best luna...
pkara remeh temeh masa interview jgn dilupa....
1) pakai henbeg...keterampilan itu penting...
2) pakai kasut sarung yg bertumit skit...
3) pakai nametag...kat sebelah kanan (dada)
Gudlak yea...
all de best.. InsyaAllah.
cuba pakai baju ikut kaler aura atau tengok hari interview hari apa..
isnin- putih
selasa- pink/purle
rabu-biru
khamis-oren/kuning
jumaat- hijau
sabtu- merah
assalammualaikum luna.. KPLI??? alhamdulillah...
pakailah baju mcm nak gi mangajo... warna2 yg ceria tapi jgn striking sangat.. aksesori tak perlu berlebihan sederhana je.. nametag tu pakai jgn tak pakai. kasut bertutup kaler gelap dan berstokin nipis. nanti duduk tegak2 jgn menyandar. senyum sederhana tak perlu berlebihan. jawab dengan keyakinan dan elak berkata tidak tahu (cuba menjawab sebaik mungkin).
topik2 semasa kena amik tau.. gagasan 1malaysia,ETP,GTP, NKRA... tu yg asas tu... rukun negara..
dasar dan sistem pendidikan.. dan standby jika ditanya pendapat. bagi pendapat yg bernas dan logik ikut situasi di malaysia. neutralkan jawapan jgn beri jawapan yg ekstrem mcm pembangkang hehe... yg penting bagi salam dan ucap terima kasih. mulakan dengan bismillah ye...
all the best for the interview..
thanks semua..banyak info dapat ni tatau nak kunyah yang mana satu..
mush, nak senyum tu yg ketaq tuh..hehe
aini, kali ni KPLI takde utk sek menengah dh..akak amik opsyen BI
nurul, nametag tu tak dpt diapplikasikan sbb dia akan suruh kita tulis nama dan lekatkan di baju/tudung
kak zar, o mcm tu ye aura ikut hari. kena pakai baju putih la..hehe
aini, pengetahuan am tu smua insyaAllah dh baca..terlalu banyak tapi thanks atas doa dan nasihat
kak oren; doa kan yek
Gud Luck luna...InsyaAllah...LUNA bole...:)
Post a Comment