Wednesday, July 21, 2010

alkisah pengacara...


Ini bukanlah entry gossip.
.
Sebenarnya nak cerita pasal bidang pengacaraan kat negara kita ni especially rancangan tv. sekarang ni banyak rancangan tv amik artis jadi pengacara. mungkin strategi atau mungkin jua penerbit merasakan hanya artis mengenal tentang artis lain jadi lebih eloklah rancangan hiburan tu pengacara nya artis juga. Yang tu tak kisahlah sebab aku pun kurang layan rancangan hiburan, takde benda yang bermanfaat pun yang aku nak tahu.
.
yang aku kurang suka (bagi aku je lah, kalo orang lain suka, tak kisah lah) bila rancangan tu ada isu-isu semasa atau subjek yang memerlukan orang yang rajin mencari maklumat dan dapat mengulas dan memberi pendapat yang baik untuk disampaikan kepada penonton. Senang citer aku bagi contoh lah; macam rancangan nasi lemak kopi O tu kadang-kadang ada segmen pasal perubatan, rawatan kesihatan dan diacarakan oleh Sharifah Shahira.
.
Aku minat sharifah shahira ni sebab beliau selamba, lakonannya memang lawak tak kering gusi tapi dalam bidang pengacaraan topik serius macam ni, pada aku dia kurang sesuai. Dia tidak serius dan nampak tak buat homework hanya bergantung pada skrip, dan kalo dia improvise skrip tu hanyalah dengan tambahan gurauan yang kadang-kadang tak perlu. Aku tahu, rancangan NLKO tu rancangan yang santai, kalo serius pun tak seronok juga cuma aku harap kalo sesuatu segmen yang berunsur pendidikan kepada penonton ni, biarlah pengacaranya ada 'passion' yang sama untuk mendapatkan ilmu dan boleh mengupas dengan baik. Ni satu contoh lah.
.
lagi satu ialah Sehati Sejiwa kat tv1 tu pengacaranya Misha Omar. rancangan SS tu antara yang mendapat rating yang tinggi (terutama masa Ulangan nya malam Isnin), tapi Misha Omar sebagai pengacara, sungguh tak sesuai. Dulu Scha Al-Yahya, pun aku rasa lebih kurang je dengan Misha Omar, tak pandai kupas dan menggunakan ayat-ayat yang menarik. Aku sukakan rancangan talk-show, sebab ia akan menunjukkan kebijaksanaan peserta dan pengacaranya mengupas sesuatu isu, yang bila kita dengar pengacaranya bertanya soalan pun kita leh cakap 'wow! hebatnya soalan dia!'. tu belum jawapan nya lagi.
.
Contoh terakhir ialah rancangan Nona pengacara Maya Karin. Oh aku tahu ramai yang mungkin tak setuju dengan aku, cuma aku tak faham motif amik Maya Karin sebagai pengacara Nona sedangkan bukankah Nona pernah melahirkan ramai pengacara berbakat dari pertandingan pengacara jemputan Nona? ke mana mereka? takkan lah amik yang juara saja, yang menang tempat kedua ketiga atau top-ten pun ada kelebihan masing-masing.
.
Aku tak la kata Maya karin tak pandai jadi pengacara tapi maya karin adalah pelakon yang sibuk, nak-nak pula sekarang kisah rumahtangga beliau masih diperkatakan, aku tak rasa maya karin punyai masa untuk membuat homework peribadi tentang segmen yang akan diacarakan, tetapi hanya bergantung pada skrip semata-mata. Mungkin dia ada buat homework,tapi sebagai penonton, aku tak nampak melainkan Nona amik Maya Karin kerana popularitinya.
.
Pengacara yang sekarang ni yang aku rasa menepati ciri-ciri yang aku suka; ialah A.G. Aku tengok dia mengacara rancangan Jom Ronda bersama Proton sangat fluent dan berpengetahuan. tak kisah lah ia kerana skrip nya atau apa tapi apabila dia bersembang bersama tetamu jemputan dalam rancangan tu, dia tanya soalan-soalan yang tepat dan cara dia ulas pun lancar. takde 'errr' 'hmm' yang banyak. AG ni bagi aku taraf macam Azwan Ali dan Pak Nil, yang tahu dan faham apa yang nak disampaikan dan kalo tak faham aku tahu dorang ada buat homework peribadi untuk kebaikan diri sendiri dan juga penonton yang menonton.
.
bagi korang pula macam mana?

13 comments:

Masy said...

sy setuju!

mcm shahira tu sesuai klu pengacara bahagian hiburan.. ataupun masak2 masih boleh lagi laaa..

misha omar x seswai ok jadi pengacara sehati sejiwa. bkn sbb dia x berbakat - dia boleh tp x sesuai. klu letak someone yg dah berkeluarga rasanya lebih elok. sbb masing2 paham apa dia 'rumahtangga'. org bujang bkn tak paham, cuma xde pengalaman nk cite hal2 rumahtangga (x kisahlah klu ko ade anak angkat sekalipun...)

maya karin. heh. kaku.

sekian ulasan sy. *serius tak*

Ummi said...

akak dah lama tak tengok nona, tak masuk dengan jiwa akak, pengacaranya satu, suka ambik yang lawa aje, tapi macam luna cakap, kurang berilmu sikit dan rancangan tu untuk orang yang berduitlah, yang boleh buat majlis kahwin berpuluh atau beratus ribu ringgit

shahira memang betul, sesuai untuk jadi pengacara hiburan aje

misha memang tak sesuai, dia tak tahu nak kupas dan ikut skrip aje, jemu akak tengok kadang-kadang

yang akak suka pak nil dan ogy

akak benci rancangan AC Di sini, jozan talk show dan sebagainya, tak berilmu dan benci dengan kisah artis yang entah apa-apa


tapi yang akak paling suka adalah oprah :)

kalau orang agungkan barat, orang melayu marah, tapi akak dapat inspirasi dari sini, sungguh best :)

Zareda Norman said...

kak zar suka wardina jadi pengacara.. nampak dia buat homework tapi tak suka sapa tu penyanyi dangdut tu jadi pengacara WHI... murahan!

kakLuna said...

masy ; a'ah shahira kalo ranc. memasak tu ok

misha omar - ye betul2.yg dah kawin lebih sesuai

kak ummi : rancangan Oprah mmg byk kali wat saya terlopong..saya pun suka wpun hanya dpt tgk episod Oprah yg dh basi tp x kisah la yg penting cara kupasan isu tu bijak

kak zar ; betul2 pengacara WHI skrg x berjenis.

ya Wardina ok especially isu2 kaitan parenting, eh abby fana pun pandai ulas isu wpun dia nmpk kelakar dan selamba orangnya

Purpleheart said...

yelah AG selalu bagi soalan yg adakalanya tak terjangkau dek akal..tapi releven dengan topik yang sedang dikemukakan..

kakLuna said...

sue : betul tu,lgpun dia x ckp ulang2. pengacara ppuan mcm farah diba dan sorg lg pengacara tv9 bertudung tu pun x berapa lancar la. kupasan pun lemah.

achik said...

saya layan oprah je.. ekeke..

Mommy Lyna said...

saya dah lama tak tengok talk show. eh dah lama tak tgk tv sejak2 budak2 suka konker tv tengok youtube je malam2.

tp mmg betul, pengacara tu adalah nadi kepada sesuatu rancangan, walaupun dia cuma moderator je. sbb cara dia ulas, tanya soalan tu akan buat rancangan tu jd menarik. mcm semanis kurma, kan nampak tu macam meriah. takdela di moderator angguk2 kepala je (dia pun tak paham tak tidak :P)

AyunasiA said...

paling tak setuju misha omar jadi pengacara ss. tapi lagi tak setuju didie alias ngan shahira jadi pengacara 2 jiwa 1 hati ikea. tapi worst case scenario, rusdi ramli jadi host anak wayang. hancus tersasul2. ada orang memang takde bakat, kan?

1 lagi, penyampai radio. tak tau lah kenapa sekarang derang suka buat konti tu macam rumah atuk derang sendiri.

kakLuna said...

achik : kalo hari2 dpt tgk Oprah, akak pun suka.. :)

alom ; tu la,pengacara skrg wpun bkn artis tp mcm x 'ummphh' sgt la..perbendaharaan kata pun kurang

asia : bab dj radio pun sama amik artis jd dj. stgh topik tu ok la tp bila bab masalah, rasa cam nyampah je dgr jwpn, even jwpn dr kak engku..x membantu lgsg

mikamusz said...

samalah ngan aku, aku pun tak suka maya karin tu mengacara NONA...

kakLuna said...

musz : tu la..x best lgsg..harapkan muka je lawa

Hanisumayyah said...

Terlewat tapi tetap nak komen...

1. Last week pertama kali tengok Shahira mengacara L\NLKO, terus dia tak cakap dah tau xsesuai, bila dia bercakap akak rasa macam dia buat lawak...dan memang tak ada chemistry dengan pengacara satu lagi tu...Ifa Raziah pun w.pun tak sesuai tapi darjat dia atas sikit dr shahira ni...shahira woerst lah...utk anugerah ker rancangan masak macam Kecoh kenduri okayler...

Wardina dulu akak tak bape suka dia mengacara WHI, tapi makin lama nampak dia mmg buat homework sungguh2...tapi Ally iskandar pulak dulu suka tapi dah kerap sgt dia kat macam2 rancangan terus rasa dia elok dikeurkan dari team MHI..abby Fana sesuai, akak suka, w.pun dia buat lawak tp lawak yg ok...zamzarina RTM dalam rancngan apa kata wanita pun best, kalo rancangan tu kat TV3 mesti rancangan tu popular, beza dgn Nona...lebih bnyk manfaat AKW tu..