Sebagai kanak-kanak 80an dan 90an, selain dari tv, radio lah dunia aku bagi memenuhi waktu-waktu lapang. Dah la umah aku dulu tu, penah ada tv hitam putih yang tukar channel putar-putar tu, pastu rosak la pulak masa tahun 1984. Tahun 1988 barulah dapat beli tv baru National. bayangkan 4 tahun takde TV, kalo nak tengok kene tumpang umah orang. Sebab tu lah radio lah jadi 'nadi hiburan' waktu itu sampai aku kenal la para DJ nya dan rancangan-rancangan radio yang dikeudarakan.
.
Tahun 80an-90an tu mak aku selalu pasang radio tiga Ipoh (atau RMI) Start dari pagi pukul 5 tu siaran radio 1 kot yang ada senaman bagai. Masa tu la mak aku sibuk menyiapkan nasi lemak dan kuih muih untuk dihantar ke kedai, dan aku lah yang akan menghantarnya. Kemudian, dengarlah celoteh DJ OBA (Omar Bin Ahmad), atau Azizi atau Latifah Sidek (pastu LS tukar ke Shah Alam). Pukul 9-12 camtu ada rancangan untuk wanita adalah berbagai petua dan maklumat diberikan. Pukul 12 akan ada drama radio Fajar di Bumi Permata, No.5 persiaran satu dan macam-macam lagi tapi 2 drama ni la paling femes. Dulu dengar drama radio ni macam orang menonton AF kat Astro cam sekarang ni lah. melekat! kadang-kadang bertangguh dulu keje-keje memasak membasuh kain.
.
hari ahad paling ditunggu sebab ada Pujaan 1o Nescafe, ini ramai orang tahu. Jiran depan umah aku walaupun dah beranak dua masa tu tapi macam orang bujang, pasang radio punyalah kuat sebab tu bila aku dengar lagu-lagu lama macam Isabella, lagu Shidee dan sebagainya aku mesti terbayang jiran aku sebab 'thanks to her' aku hafal lagu-lagu 90an. haha.
.
Waktu mendengar biasanya berhenti sekejap sehingga pukul 5-6 petang. Waktu petang adalah diperuntukkan untuk rancangan TV terutama drama-drama alih suara Ixora, Marina, Moero Attack, Angelito, Mansion, kartun-kartun Mobidick, Thundercats, Jem dan lain-lain. Petang dekat senja terutama kalo bulan puasa lah, radio memainkan peranan. Dulu sebelum waktu buka puasa akan disiar nasyid-nasyid puasa macam 'ramadhan..bulan yang suci...'enggg (ni bunyi muzik dia) ataupun iklan ASB 'bulan ramadhan yang mulia,umat Islam berpuasa menunai rukun ke tiga..' Entahlah korang ingat ke idak tapi memori aku ni kan power, masih terngiang-ngiang lagi lagu ni macam mana.
.
Kalo balik kampung (umah aku sekarang ni), kat tanjung piandang ni boleh dapat radio Alor Star, tapi tak dapat pulak radio Ipoh walaupun masih negeri perak. hehe agaknya siaran tak sampai bila melalui bukit larut kat taiping nuuu. Sebab selalu dengar radio Alor Star, aku pun kenal DJ-DJ di sana. Yang femes, pak Din dan Mak Ngah. Ada sorang lagi DJ perempuan aku tak ingat nama tapi aku ingat dia ni pakai gelang bunyi-bunyi, jelas sangat bunyinya kat radio. Suara dia pun menggoda taktau lah rupa dia camna.
.
Tentang radio ni, dulu aku suka amik bahagian. Kadang-kadang hantar lagu pilihan atau sampaikan salam. Gunalah poskad dan setem 20 sen untuk hantar kan, kalo dah sampai, DJ-DJ dulu akan cakap lah contohnya 'Poskad bergambar Bangunan Sultan Abd Samad ni datangnya dari..' maklumlah dulu takde siaran langsung dari konti yang tunjuk kat TV atau 3G macam sekarang. Jadi DJ pun nak amik hati pendengar akan describe kan poskad tu macam mana. Sebab tu lah pun bukan semua poskad terpilih, ye lah nak mendescribekan 1 poskad pun amik masa, inikan pula nak menunaikan permintaan ribuan poskad yang lain. Selain antar poskad, aku rajin juga menelepon radio untuk menujukan lagu. bayangkan dulu telefon rumah takde, gigih ni bawak basikal ke kedai Pak Awi, sebab depan kedai Pak Awi lah baru ada public Phone kaler oren tu. tapi bukan senang dapat talian, tapi ada sekali tu, dah dapat, tiba-tiba nervous! terus cakap 'eh tak dengar lah, tak dengar..' padahal boleh dengar DJ tu kata 'ye,nak bercakap dengan Tuan M ke..? (masa tu segmen apa ntah tetamunya orang besar la jugak) haha bodoh betul. Selain dari tu, penah jugak jawab soalan melalui poskad dan menang pula. hehe itulah pertama kali menang (hadiah nya kamus Dewan), dari stesen radio.
.
Bila dah remaja, kenal dengan Radio Muzik, Pilihan Bersama dan kenal dengan DJ Isma Halil. malam-malam dengan ruangan dia tu lah, yang sentimental benar tu. Rajin juga hantar pilihan bersama, sampai ada orang hantar surat nak berkenalan, you! Aku ingat lagi masa tu form 3 dah pindah tanjung piandang. dapat surat nak berkenalan tapi orang tu salah dengar nama aku dia tulis 'NOOR HUSNA BINTI ISMAIL' Husna tu pulak adalah nama sepupu aku. Dah la jadinya ayah aku 'tuduh' aku berkenalan dengan lelaki, tapi guna nama orang lain. haha. Takut juga masa tu sebab ayah aku marah buat benda-benda camtu tapi bila ingat balik rasa kelakar.
.
Sekarang ni aku dengar juga radio, tapi waktu macam waktu drive dan di opis. Channel paling suka sekarang ni tentulah SinarFM terutama waktu pagi dan waktu Abby fana. SuriaFM waktu Linda Onn dan RedFM. Tapi radio sekarang, macam tv juga, dah banyak iklan kadang-kadang bosan juga. Banyak juga dah berubah terutama sudah takde drama radio kalo ada pun hanya hari raya. tapi aku dengar kat radio bahasa Cina masih ada tau, drama radio. radio Tamil aku tak pasti sebab jarang dengar tapi radio ni paling senang dapat dan paling clear!, kan?.
.
Sambil aku taip ni, aku dengar channel SinarFM sebab ada Abby Fana yang aku kenal dari zaman THR dan masih meminati beliau dan dia lah DJ yang bagi aku, tiada yang serupa dan tiada penggantinya. Dan aku baru terdengar dia membaca sms falsampah 'hendak seribu DAIA tak hendak seribu FAB' buat aku gelak sensorang.
10 comments:
Akak pun dengar radio pagi2 aje...pastu dgr dlm kereta masa memandu aje...
luna..akak ketinggalan..dah aktif balik blog luna ye..
akak pun suka dengar radio..tapi..klasik nasional la..dalam kete nak ketempat kerja...
radio adalah peneman di kala tiada tv...
kak pB suka dengar Drama No 5 Persiaran Satu dan juga F.D.B.Permatang .
Memang berantu Drama tuuuuu
kak anie : dah x mcm dulu2 radio sentiasa berkumandang kan..
kak ena : hehe ketinggalan pun x pe, baru bbrp kerat posting je :D
risanur : skrg ni tv pun dh x pandang sbb ada FB hehe
kak zar dulu pun hantu radio jugak.. tapi tak ingat dah nama nama DJ feberet. sekarang ni suka dengar Sinar jer dengan radio pahang jer
anak dara/bujang dulu2, kalo rumah ada radio hifi, pasang sekuat tidak. mcm nak bagi 1 kg dengo. aku dulu2 suka dgr radio singapore, ria fm. tiap kul 6pm, pilihanku kot. lagu mmg uptodate, termasuk lagu indon yg best2. dulu awal2 era dikatakan tiru channel nih.
pernah 2 3 kali mintak lagu, tapi rasa2nya tak pernah ditunaikan... huhuhuhu
aku dengar pagi radio Sinar. Lepas balik keje Ikim.fm
kalo pi KL suka juga dengar RadioKL
aku suka dengar Perakfm ngan Kedahfm ... DJ Omar tu pun aku ske...
Dulu aku ske Mak Ngah tu, tapi sebab ada satu hari tu dia cam moody, dia ter'leter' seorang dua pemanggil dua, aku dah cam tak best nak dengar....
Betul iklan banyak sangat dalam radio.. ni yang bosan.
Paling tak tahan lepas dengar iklan tu satgi mak aku kata "kita beli tilam nah..." hahaha... Jenuh! :D
luna...
n3 ni sungguh mengimbau kenangan lama.... terbaek....
Post a Comment