Monday, July 19, 2010

Raden Galoh - tiada pengganti


Terkejut, sedih dan bingung tatkala membuka facebook hari ni, tersiar dalam status Puan Sri Diah tentang pemergian Raden Galoh, seorang pejuang melawan getir sebagai pesakit kanser, yang sangat kita kenali.
.
Walaupun tidak pernah bertemu dan mengenali secara peribadi, tapi blog beliau adalah santapan harian ku yang menjadikan beliau seolah-olah sangat dekat, penuh kasih dan sangat mendidik jiwa ini. membaca catatan beliau lah,aku menjadi positif dan optimis menghadapi dugaan hepatitis B yang apalah sangat berbanding dugaan yang dihadapi beliau.
.
Kini, pergilah sudah seorang Srikandi, yang telah memberi inspirasi, kekuatan dan semangat. yang mengajar bagaimana menangani ujian, mengajak insan lain mendekati Allah, mengenali Allah, dan memahami kasih sayang Allah melalui takdir. Allah beri semua tarbiyyah ini di dalam diri seorang yang bernama Dalilah Tamrin untuk insan sekeliling, untuk kita yang membaca blog beliau. .
.
Dan kuasa Allah yang maha mengatur perjalanan kehidupan, maha mengetahui tika dan saatnya untuk mengambil puan Dalilah ke sisiNya walaupun kita merasakan masih memerlukan dorongan dan didikan dari beliau. Namun di sudut hati ku, dan dari perkongsian cerita lisan dan catatan teman-teman rapat beliau, aku sungguh pasti penghujung nyawa beliau adalah husnul khotimah. ya Allah, ampunilah dosa-dosa puan Dalilah Tamrin, ya Allah ganjarkan beliau dengan kenikmatan syurgaMu kerana betapa tinggalan beliau memberi manfaat pada insan-insan yang masih hidup di dunia ini. Kasihanilh dia ya Allah dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi...

4 comments:

Purpleheart said...

alfatihah..

oren said...

salam takziah

kakLuna said...

orang yang baik Allah panggil lebih awal..kerana Allah terlalu menyayangi mereka..

Ain said...

al-fatihah...

takziah untuk keluarga arwah...