Monday, August 23, 2010

Alahai..aku yang sopan ni pun kena jugak ke?

Terkejut, sedih dan bengang bila dapat tahu aku pun dalam senarai diberi 'surat cinta' ni!
.
Apa yang wat aku bengang bukan kerana aku tak nak mengakui kesilapan. Bukan juga tak nak bayar. Cuma aku tak puas hati sebab masa tengah heboh saman ekor ni, aku pun dah check berkali-kali melalui sms dan juga web myeg ni, katanya takde rekod!. Syukur sangat aku waktu tu, dalam keadaan nak menghadap bulan Ramadhan dan Syawal ni, berita mengatakan aku takde rekod saman benar-benar melegakan.
.
Tapi rupa-rupanya hujan cuma sekejap, lepas itu panas nya berbahang. Sabtu lepas, Am suh aku tengok 1 surat. Rupa-rupanya surat cinta ni lah. Aku ditangkap melebihi had laju pada 30 April 2010. Kenapa boleh jadi camni. Aku dah check bulan lepas, takde. Kalo kesalahan yang baru berlaku, aku leh terima, mungkin dorang lambat update. Tapi ni kesalahan 3 bulan yang lepas, mana aku tak bengang. Dorang ni wat keje camne. Buat sistem punya gah dengan sistem sms lagi, tapi last-last kene percaya kepada surat. Bistu web tu wat apa, amik orang buat bayar mahal, sistem sms pun sama. tapi karut je. Eii aku marah la ni. marah, marah, tau!
.
Di samping tu, aku pun sangsi dengan diri aku ni kerana aku ni kalo memandu sangatlah sopan. Kalo kata 60km/j, 60 lah aku bawak. Ko nak potong, potong lah. Aku tetap kat lane kiri. Hm ntah camne la petang kejadian tu aku terpress 86km/j? Macam tak caya je diri aku wat gitu sedangkan 4 tahun memandu ni, nak cecah 100 tu memang leh kira dengan jari. Tu pun kat hiway lah kot. Tapi kawasan jalan raya sini, seingat aku, aku patuh pada undang2. Nak-nak aku penah accident tahun 2008 aritu lagilah bertambah sopan aku di jalan raya.
.
Tapi apa nak buat, dah musim saman ekor. Kalo dah nak kena tu...kenalah juga.....Huhuhu~

12 comments:

Aku adalah aku said...

Luna,

Mak aih sopannya kau bawak kete....kekadang aku hangin jugak dengan saman ekor ni..cek kat sms bersih..time nak renew roadtax x bleh...

p/s:kekawan aku panggil aku minah rempit sbb selalu bwk kete mcm F1(err drive kete sesuai ke merempit)

kakLuna said...

elly : hitu yang haku hangin...cek banyak kali dah tau..tetiba jek ada surat dan cek semula kat myeg dah ada nama.

sbb dorang wat keje lembab la aku rasa tertipu

Ummi said...

luna, kereta waja akak kena saman ekor dekat RM1500, kereta kelisa kena RM400, akak pun pelik bin ajaib

semua ni akak check dalam website, akak nak prove sebab akak nak tengok kat mana diaorang saman, akak memang geram sangat sebabnya tahun lepas semua ok, tup2 tahun ni dekat RM2000 akak kena bayar, memang geram sungguh ni

malas nak layan, tapi kalau tak layan kena tangkap pulak, kalau akak betul2 speed tak pe, akak takut pakai tangkap hantar surat saman aje tanpa usul periksa :(

Ain said...

memang hangin kalau kesalahan tu kita tak buat pastu kena bayar pulak....

dah la nak raya ni....

huhuhu...

kakLuna said...

kak lela ; tu la..nak biaq ke nak camne ni? nak bayaq pun bukan ada duit lani..dia bagi tempoh sampai bulan 9..so nnt la lps raya sy wat muka kesian dan p bayaq. kalo dapat mansuh lagi best..

ain : tu la selama 4 thn ni ok je....pdhl bawak sama je

Angah said...

Memang sopan ko bawak keter. Aku sangat respek. Aku plak agak kurang sopan lagi2 kalau dah boring kat highway dan memandu sorang..kalau bawak anak travel klang-kuantan tu mmg aku sopan ikut 110km sejam hehe

Alhamdulillah saman yilek setakat ni.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kak luna ...saman beikung tu warik bamban

Tepung Cap Traktor said...

Nak tunggu berita traktor kena saman sebab memandu selaju 150 km/j di lebuh raya.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sila singgah sudah di terjemahkan

Lee said...

Hello Kak Luna, alamak, hilang satu kasut baru ni, bayar tu 'surat chinta'...maybe you chatting on h/phone ta'tengok speedometer?

The police don't take prisoners, huh?
You ta'senyum ke and give excuse you ada fikir apa nak masak buka puasa?
Kalau saya police, tengok you senyum, saya only ask, 'kak...senyum sekali lagi, and have a nice day', no surat chinta...hari raya akan datang kan, ha ha.

Kalau Penang, saya ada dua kawan baik police...Police Chief sana boleh pangil dia kasi chance, you my good friend, ha ha.
Chakap dia you know Uncle Lee, itu la dia, ha ha ha.
(dia in my comment box under '2 Chieftans'and Zul too (Detective captain)

You take it easy and simpan satu lagu dalam hati....Lee.

Mak Su said...

heran jugak ek....

aNiS tHe BumbleBee said...

wah,kalo 60km punye bawak,boleh la dtg sri lanka.sini speed limit 60km.hampagas tul.nk pegi colombo yg pun smpai 3 jam.hadeh laa!




tp kan..saman ekor ni mcm bley diragui laa kan...ktorg duduk sini,alih2 dpt surat cinta gak.ape kes tah.