Wednesday, August 4, 2010

Jangan sebut banyak kali, nanti mencarut pulak!

AMARAN : entri ini mengandungi visual yang kurang menyenangkan pandangan mata anda, tapi ia tak bermakna blog ini haram dan perlu disamak. hahaha!
.
YA, ini adalah realiti kejadian yang berlaku petang semalam kat kejiranan aku. Seekor baba hutan (ikut istilah kawan aku) telah tersesat masuk ke kawasan rumah selepas tersondol dengan sebuah kereta Wira.
.


Waktu kejadian adalah pukul 6.30 petang. Aku baru sudah makan malam dan bukak komputer untuk berFB. Tiba-tiba aku dengar bunyi 'pom!' diikuti bunyi tayar menyeret. Sah! Eksiden ni. Jalan depan umah aku memang dah acapkali kejadian sebegini. Aku pun amik tudung dan berlari ke luar. Hati aku cuak jugak sebab risau kalau yang kena tu orang yang aku kenali. Tiba-tiba teringat ayah aku baru keluar untuk ke tempat kerja dengan motornya. Aku makin takut, 'Oh Janganlah!' Kemudian aku fikir, 'eh ayah kuar awal sikit tadi..tak kan lah..' OK, memang bukan ayah aku sebab aku tak nampak sebarang objek yang dilanggar. Cuma sebuah kereta Wira menyelowkan diri dan berhenti. Tiba-tiba orang ramai datang berkumpul kat tepi umah aku, yang bermotor, berbasikal, berkeretapi (eh tipulah tu) semua stop kat lorong masuk ke rumah jiran aku di belakang. Eh kenapa ni. Siapa yang kena langgar? Persoalan masih menjadi misteri.
.
Tiba-tiba....
.
Menonong si baba hutan ni menuju ke rumah jiran aku di belakang dan memparking diri kat tepi stor pak cik Man, jiran aku tu. Dan orang kampung pun mula mencarut-carut, mana taknya, bila terkejut je 'eh bab*!' aku sendiri pun serba salah masa nak bagitau pakcik Man (sebab masa tu dia tak perasan lagi si baba). Tapi aku cakap gak 'Pak cik Man, Bab*!' (bukan aku kata pakcik man bab* tau!). haha. lawak kan?kan? Si baba yang khusyuk melepak kat tepi stor tu macam dah weng-weng sikit sebab kena langgar tadi. Kata saksi di tempat kejadian, hebat juga perlanggaran tersebut, depan Wira tu remuk dan cermin pecah, tapi si baba apah tak cedera!. Tengok la badan nya tu. Gemuk. Isk seram lah kang disondol-sondol pulak kita.
.
Beberapa minit kemudian, orang-orang yang berkumpul tadi bincang-bincang nak settlekan masalah ini. Kata putus dicapai iaitu si baba perlu ditembak. Datanglah penembak-penembak berlesen sekalian, eh ramai jugak penembak kat kampung aku. Tak tunggu lama, 'bang!' 1 das tembakan dilepaskan. Ada yang jerit ada yang melatah. Melatah sebut bab* pulak tu. Biasalah perempuan....eh kuat jugak bunyi tembakan secara live ye? Berderau darah mendengarnya.
.
Dan si baba pun tumbang...lepas tu barulah orang ramai mula mendekati. Aku dengan ahli keluarga aku jadi penghendap je dan aku snapkan gambarnya. Pastu aku pun menjongketkan diri nak kuar tengok macam orang lain tu. Ish, macam tak penah tengok bab* you....padahal bukan takde kat zoo taiping nuuu..biasalah...perak (e taling) wehh. Orang kampung aku ada yang wat lawak cakap 'ha, amik! pi buat tomyam' Isk,isk pakcik, tak senonoh la gurauan tersebut, kita kan haram makan bab*. Pastu kak Dilah anak Pak Cik Man pesan kat aku 'Luna, nanti buh dalam facebook tau!' Alamak malu seh, macam wartawan tak berlesen pulak. hahaha.

Gambar atas ni, toksu aku pun penembak jugak. Mula-mula nak suruh dia tembak, tapi terlambat 1 minit orang lain dah tembak dulu. Ye lah nak pegang senapang ni ada prosedurnya, peluru kena semat kat tempat sepatutnya bukan leh menonong-nonong je amik senapang 'bang!bang' camtu je. Tu yang lambat sikit bertindaknya. Tapi tak kisah lah, semua dah selamat.
.
Si baba yang tumbang tu diambil oleh 2 orang lelaki cina dengan motosikal roda tiga. Mungkin untuk santapan mungkin untuk dijual. Tamatlah riwayat seekor baba hutan yang tersesat masuk ke kampung ku....

9 comments:

Acik Erna said...

Luna..sekarang ni..memang banyak betul lah..bab hutan tu kan..kat ladang belakang opis akak pun ada..dah beranak pinak..mati sekor..beranak berbelas..tah bila nak hapusnya tak taulah..sekarang ni..kena pasang pagar letrik kat keliling tanaman opis..kalau tidak abis disondolnya..tah dari hutan mana datangnya..

kakLuna said...

kak erna : betul tu kak. sini pun banyak hutan dh ditebang, dulu pokok2 nipah mmg menebal di tepi bendang skrg smua dh rata buat perumahan. si baba x de tmpt,tersesat kat kampung org. ni pertama kali ni,sblm ni anjing tp dh biasa sbb kg sy mmg dekat dgn pekannya,,

Cikgu ILi said...

Kak Luna,
Minatang ni bahaya sungguh.
Semalam sy jumpe minatang ini yang tunggal cross jalan..ntah dr mana hala pun tak tau.
Nasibbb la ada jarak dlm 50 meter depan saya.
Besar sangatttt...bahaya sungguh..tiba2 muncul tanpa signal.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Ziarah dari blog Kak Erna.

bahaya betul kalau budak2 ada kat situ..

takut disondolnya..

MOKCIK AZWA said...

Tersesat pulak bab* ni masuk kampung yer..bab* hutan ni jenis ganas sikit banding dgn yg putih tu kan...

yang penting semuanya selamat..gaya rambo membawa senapang tu memang menarik heheheh

kakLuna said...

ili : ni pun babi tunggal lah ni, tiba2 melintas jalan

azrina : jgnkan budak2 kita yg tua pun risau tak terlawan

kak azwa : a'ah spesis ganas.kalo sondol org menonong2

coklat~vanilla said...

kak, ms hana dok ulang alik - sg.bakap- ipoh dlm 3 thn ni..ada sekali jumpa keta wira eksiden ngan babi utan..keta tu remuk teruk bhgn depan dan babi tu pun cedera..berdarah teruk ni..dok tersadai tepi highway area pdg rengas...kesian tgk dia sbb nmpk napas di tercungap2. even dia binatang yg haram dimakan..tp rasa kesian sbb sapa nak pi bwk dia p klinik haiwan kan..pakat semua takot nk pegang..tengah2 higway lak tu

Hanisumayyah said...

Luna...jgn tak tau kat kg akak pun dah banyak dgr citernya...kdang2 ada org nampak berbondong2 melintas jalan...tak berani nak keluar rumah maghrib2...eh napa tak de gambar close up lepas tembakan tu...cam xlengkap plak...hehehe

Anonymous said...

Nice post and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.