Saturday, August 21, 2010
Layan drama waktu Sahur
Hari tu citer pasal aktiviti sambil nunggu berbuka kan.
.
Hari ni citer pasal sahur pulak. Kitorang anak-beranak bangun sahur kul 5 pastu berbondong-bondong gi dapur amik nasi dan lauk masing-masing dan bawak ke ruang depan, sebab nak makan sambil tengok TV.
.
Dulu-dulu takde cenggini kan? Kat mana mak hidangkan nasi, kat situlah bersahur. Tak terpikir pun nak tengok TV, alah lagi pun bukan ada siaran pepagi buta camtu. Paling koman pun dengar radio lah nak dengar waktu imsak.
.
sejak-sejak dah ada anak ni lah baru reti makan sahur sambil tengok tv. TV pulak tayang rancangan yang menarik-menarik juga. Tapi biasanya rancangan tu ulangan macam Syahadah, rancangan masak-masak ataupun drama. Ha sekarang ni tv2 tengah ulang tayang drama 'Fatimah Najwa'. Layan gak citer ni berbanding tengok TV3 tayang Nur Kasih (memang tak minat) .TV1 pulak citer Rindu Sarajevo ke apa ke, lakonan Sharifah Sofea. tapi citer tu agak berat dan serius jek. Jadi aku beralih ke tv2 lah. Drama fatimah Najwa ni dah siar pada tahun 2008 tapi waktu siaran 1.30 petang. Hm camne nak tengok,kan, sebab waktu tu waktu bekerja.
.
Mula-mula aku tengok tipu-tipu je, sekadar tukar-tukar channel time iklan. Tapi sejak episod yang Fatimah ni kawin lari pastu yang mainkan watak suami dia ialah Akbar Brothers, hm, boleh tahan gak lakonan Akbar tu eh. Suka la kat dia. Betul-betul macam ustaz. Skrip nya pun tak klise. Tapi aku still tak tahu kenapa bapa Fatimah tak suka orang Melaka? (dalam drama ni si Akbar orang Melaka, Fatimah orang Kelantan) Ha sapa yang penah tengok dari awal leh citer sikit tak kat aku?
.
Watak Sheera pun dilakonkan dengan baik. Sian nya lah kawan tu pregnant anak ketiga tapi komplikasi pulak. Dia cuba nak menghubungi abah dia selepas hampir 10 tahun membawa diri, anak pun nak masuk 3. Tapi mak Fatimah tak bagi Fatimah bercakap dengan abah dia. Masa tu aku heran gak apasal la mak Fatimah ni, takde perasaan kah sebagai seorang ibu. Biasanya dalam kes camni, ibu lah yang paling tak boleh berpisah dengan anak dan kalo leh nak anak dia cepat-cepat kembali ke sisi. Lepas beberapa episod baru lah aku tahu, rupa-rupanya Wan Maimunah itu mak tiri nya.... Oh patutlah! Dan, dia tahu yang Fatimah dah ada anak, jadi dia tak nak suami dia wariskan harta kat anak-anak Fatimah sebab tu dia halang Fatimah dari menelefon ke rumah. Jahatnya mak tiri dia. Pastu dia suruhnya anak dia dengan suami pertama dulu, si Ozlyn ni pi cari kat mana Fatimah tinggal dan goda suami Fatimah.
.
Pagi tadi, episod yang sedih lah jugak sebab Fatimah akhirnya meninggal dunia semasa pembedahan mengeluarkan bayi (bukan beranak, tapi Dr suruh gugurkan sebab membahayakan diri). Pandai la budak-budak (yang jadi anak Fatimah) berlakon. Lepas Dr bagitau yang Fatimah tak dapat diselamatkan, si abang terus pukul-pukul Dr dan cakap 'Dr jahat!Dr jahat! mak tak mati!' Aku nangis weh kat part ni!! Tak sangka lak terkesannya aku dengan citer ni. Am kata, Aku Obses. haha.
.
Tak sabar nak ikuti kesudahan cerita ni. Katanya nanti Akbar akan bertemu girlfriend kepada kawannya yang Awwww tu yang muka sebijik sebijan macam Fatimah, Namanya Najwa. Mungkin di sinilah konfliknya. Asalnya Akbar nasihatkan kawannya (nama Wahid) untuk berubah jadi lelaki sejati akhirnya Wahid boleh berubah dan sekarang dah ada girlfriend iaitu Najwa. Masalah sekarang, Najwa muka macam Fatimah dan anak-anak Akbar memang memerlukan seorang ibu. Bolehkah Wahid berkorban demi sahabat baik yang banyak memberi nasihat dan membantunya berubah? Dan adakah Najwa akan ditemukan dengan keluarga Fatimah terutama bapa fatimah yang amat merindui Fatimah? Sama-sama kita nantikan. Eh aku je lah nantikan sebab aku yang lum tengok sampai abis? kihkihkih. - L
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
alahai..
lamanya tak tengok tv. asek tengok tv kecik ni aje.. huhu..
luna..akak lepas..makan sahur..mesti nak tidur sekejap..kalau tidak nanti pi kerja pening.tu yang tak layan tv..masa sahur tu..
ina ; tv kecik tu laptop la ek? hehe kalo dah ngadap FB mmg x leh tgk tv dah
kak erna : dulu saya pun gitu tapi sekarang ni bangun kul 5 dah tak tidor balik dah. masa 1-2 hari yg awal tu pening jugak tapi lama2 Ok la.
Luna,
Aku pernah tengok citer ni sampai abis..rasanya Najwa tu kembar Fatimah, mak diaorang asal dari Melaka kot..kalautak silap aku lah...kalau silap kau anggap la aku cuba ubah jalan citer...hehehehe
kak zar pun tak sempat nengok tv time sahur.. kalut menyuap anak dara tu.. lepas sahur lena sekejap kat sofa sebalum bangkit time subuh tu
Hello Kak Luna, I enjoyed reading your this posting of buka puasa, as well amazed at how the bahasa of my time, sebelum Merdeka, the spellings have all changed.
Luckily my otak ada centre lagi, ha ha when I see your words, 'citer' mine was always, 'cherita'. Your 'gi' vs my 'pergi'....your 'cenggini' to my, 'macham ini', ha ha ha.
Have to scratch my head, but its fun trying to faham....and I can tell you my bahasa is improving macham nasi nak siap, ha ha.
Waa, makan, buka puasa tengok TV? And bangun pukul lima? Saya lima petang sini, behind you 12 hours.
Anyway, you have a pleasant buka puasa....best regards, Lee.
Akak lak tetap tengok Nur kasih, sebab nak bagi hani celik mata sambil makan....so tak tau lak chanel lain ad citer sedap...esok try bukak TV2 lah....
salam
wah!! bukan main lagi ikuti citer tu. Menjiwai watak..
Dasatnya lina jelita, siap cerita dengan detail lagi...hehehe
Akak pula tak minat Nur kasih tetapi terpaksa tengok sebab melayan dua anak dara yang nak bersahur. Terpaksa on kan tv nak kasi mata mereka celik...hehe tetapi pilihan mereka Nur Kasih...wahhh mendera perasaan akak betul...
elly ; cheh,aku ingat ko tau..ok la aku ikut jalan citer ko ni dulu. kalo ko sesat, aku pun sesat la hahaha
kak zar ; hehe ika makan suap ke? ala malu kat Oman, Oman suap sdiri tau...tapi Oman jrg makan nasi, selalu wat roti telur je kat dia
uncle lee : time has changed,uncle. nowadays to make eyes widely open has to watch something interesting. else, sahur is so boring. hehehe
kak wa : hehe kalo tgk skrg dh tengah2 dah...fatimah dah mati...
cikgu rashid : tu la saya heran?sblm2 ni saya citer melayu ni kureng sikit. hehehe
kak laili jelita ; mesti anak2 suka beno tiz zaqyah tu ek.
Mak fatimah tu org melaka. Semenjak ayah dia diguna2 oleh istri yg selepas mak dia, ayah dia naik benci dgn bekas isterinya dan menyebabkan seme org melaka dibenci... hehhehe
Post a Comment