Friday, August 13, 2010

Sudah fitrahnya perempuan...

Kita hanya mampu merancang, Allah juga yang memberi yang terbaik untuk kita, sebagai insan bernama perempuan.
.
Niat di hati tu memang lah nak bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat ramadhan. Kalau boleh dapat penuh takde putus-putus, rasa sangat suka sebab semangat nak buat ibadat ni bukan senang nak dapat. Sebab sedar diri ni yang penuh sifat malas. Malas mengganti malas nak melakukan ibadat-ibadat sunat.
.
Tapi, sudah fitrahnya tadi sebagai perempuan, datang lah jua sahabat baik yang memberhentikan sebentar hasrat nak buat ibadat tak nak putus-putus tu. Kecewa? Tidak lah sangat kerana kufur nikmat lah kalau kita menidakkan sunnatullah. Cuma, sekali lagi, sebab sedar diri ni yang lemah, penuh sifat malas itu yang menjadikan sedikit rasa sedih. Lagipun, walaupun tak boleh puasa, kena juga puasa, demi menjaga kebajikan orang sekeliling. Kalau kat opis pun tak boleh makan sesuka hati, cukup susah meski nak meneguk seteguk air mineral, takut-takut dilihat orang. Di rumah pula, anak-anak kecil cukup peka dan tajam pandangan mata! Terpaksa la mengatur strategi untuk membatalkan puasa ni dengan penuh teliti, mengalahkan perompak, ye. hehe.
.
Apapun, sahabat baik ni datang untuk kebaikan tubuh badan kita jua, kalau dia tak datang atau tak normal, kita juga yang sakit. Maka, layanilah sahabat baik anugerah Allah untuk kita dengan penuh sabar dan sebaiknya. Esok, bila dia dah balik, kita kuatkan balik semangat untuk melakukan ibadat puasa dan amalan-amalan lain sehinggalah mencapai kejayaan untuk diraikan pada 1 Syawal. - L

12 comments:

Anonymous said...

betul2...fitrah alam...

kakLuna said...

sierra ; hehe tapi letihnya tetap sama.. :)

Mariea said...

Puasa Mush tidak kesampaian semalam. Ingt dia balik dah ..rupanya dtg balik...dah nak dekat buka plak tu..huhuhu

Walau cuti Mush sama jer mcm puasa..kecuali kat umah sesorg

Tukang cerita said...

kekadang, kalau 'kawan' dtg...lagi letih rasanya bbanding kalau tgh puasa....

kakLuna said...

mush ; a'ah.time org posa kita x posa tp tetap mcm posa...tp time kita ganti kita posa org xposa, tak sama pulak..

nurul ; itu le sbb nya kalo leh nk penuh2..tp kene akur lah sunnatullah..

MOKCIK AZWA said...

Kawan datang tu petanda baik..maknanya kitaran hidup normal. kecuali bagi mereka yang mengharap menambah 'rezeki'..sedih la kut. Pernah terbaca satu cerita seorang wanita telah meninggal akibat penyakit misteri. Didapati rupanya wanita ini tidak suka dengan kehadiran kawan baik itu. Maka dia telah mengambil pil untuk menghalang kawan baik hadir sehingga bertahun2 lamanya, ia menjadi penyakit.

Allah SWT lebih mengetahui, maka kita terimalah pemberiannya.

p/s nak minum kena nyorok bawah meja la luna...heehehe

Acik Erna said...

luna..nampaknya ada harapan ahabat baik datang dua kali bulan ramadhan ni ye...jika normal kitaranya..
tape luna..dah fitrah wanita kan..

Mak Su said...

sy sambut puasa dgn 'cuti'

Aku adalah aku said...

Na nampaknya puasa tahun ni ramai yang sambut puasa ngan cuti dulu....mintak2 leh pose la esok...

attyfir said...

Selamat menyambut ramadhan luna..

Lee said...

Hi Kak Luna, bahasa saya da la rusty, sebelum Merdeka, but I think I understand your posting.
Yes, we have to look after ourselves and live a good life....be responsible citizens.

But agak nya bila muda maink pranks excusable kan? Ha ha.
You have a pleasant day, Kak Luna. Senang datang. And simpan satu lagu dalam hat, Lee.

Masy said...

kawan baik sy lom dtg lg hehe. nexwik kot..