.
1. makan durian, makan tempoyak
2. makan durian, tak makan tempoyak
3. tak makan durian&tempoyak tapi makan kuah durian dan cucur durian
4. tak makan durian, tak makan tempoyak
5. tak makan durian tapi tak kisah dengan bau
6. tak makan durian dan apa2 jua berkaitan dan sangat kisah dengan bau
.
Sejak aku kecil sehingga sekarang aku masuk dalam kategori No.3 dan No.5. Walaupun durian sepatutnya sinonim dengan orang Perak, tetapi aku terkecuali. Di kala musimnya, orang lain cukup excited menanti acara 'pulun durian', aku rileks je. Bukan aku tak penah cuba, bukan tak diajar, tetapi tidak lah menjadikan aku sukaaaa sangat semacam aku menyukai rambutan. Kalo rambutan atau buah mata kucing, aku sanggup habiskan 1 guni seorang sekali hadap! haha. Tapi tak pernah lah buat begitu (makan sekali hadap), tapi 1 guni aku sorang tu pernah.
.
Walaupun aku bukan penggemar, berlainan pulak dengan Luqman. Oh sebelum tu ingin ku beritahu, Am adalah kategori No.2 sama macam ayah aku. Ni bermakna subset kepada aku dan Am ialah tidak makan tempoyak (hehe belajar matematik pulak). Ironinya, Luqman tidak mengikut mana-mana tetapi jatuh kepada kategori No.1!.
.
Semasa bulan 6 dan bulan 7 musim durian sudah tiba di kawasan utara. Dari awal lagi Luqman sudah membayangkan nak makan durian tetapi belum tertunai kerana kami menunggu durian pemberian kakak ku kerana bapa mertuanya ada kebun durian, cuma lambat sikit masaknya, di jangka hujung bulan 6. Tetapi untuk tidak menghampakan Luqman, kami pun beli lah dulu durian yang selonggok RM10 tapi isinya tak seberapa, dapatlah 3-4 ulas, yang lain, samada *mangko ataupun busuk. Dari beberapa ulas tu, Luqman mengajak aku makan. Kalau korang tengok Luqman makan, memang macam orang tua, duduk bersila sampai tunduk, setiap ulas durian tu, dikulum-kulum, licin bijinya! Sambil tu dia promote kat aku 'mai la mak, sedap wooo, hmm,hmm'. Mulanya kutolak-tolak, tapi setelah dipujuk-pujuk aku pun join makan seulas. Tiba-tiba, kali ni lain pulak pikiran aku tentang durian. 'Eh, sedap juga ye?' Aku pun ambil lagi seulas. 'Uhh, manis, lemaknya...' kataku pada Luqman. 'ha, tu la mak, oman kata sedap, kan betul pikiran Oman..' sambung Luqman pulak.
.
Sejak itu, aku pun mulai menunggu saat-saat untuk menjamah durian lagi. Kali ni aku nak jamah banyak sikit sebab rasanya aku 'dah boleh terima' durian ni. Mungkin aku sudah 'naik' ke kategori 2 penggemar durian dalam keluarga?
.
Rupa-rupanya tak perlu tunggu lama, seminggu selepas tu, Yong aku pun bagitau durian kat kebun mertuanya dah mula luruh dan kalau nak makan, dia suruh datang ke rumah. Kebetulan 10 Julai tu, adik aku ada barang nak bagi kat kakak aku, so kami pun menumpang pergi sama. Kakak ku hidang durian, aku sangat excited. Adik-adik aku semua kategori 6. Dorang muka sampai naik hijau sebab tak dapat menahan bau, anti sungguh dorang pada durian! Tapi sebab aku masih kenyang, aku jamah 5 ulas (lebih 3 ulas dari percubaan pertama), itupun sudah banyak sebab setiap ulasnya besar dan berisi tebal. Kalau disusun dalam pinggan, nampak berlonggok juga. Aku pun makan, makan dan makan tanpa meminum sedikit air dengan kulit durian. Petua katanya mengelak panas tapi aku fikir aku makan sikit je, 5 ulas bukan 5 biji! Dan kami pun pulang ke rumah dengan sukaria.
.
Tiba malam, barulah aku tahu rasanya 'penangan durian'. Kepala aku pening berdenyut-denyut, badan aku ni rasa macam tak kena. Nak kata demam panas bukan nak kata sejuk bukan. Kalo ikutkan hati, mau saja aku terus telan panadol tapi aku teringat orang kata jangan makan panadol lepas makan durian, bahaya dan boleh bawa maut! Jadi aku pun terus bersabar dan cuba untuk tidur, tapi tak boleh. Minyak cap kapak tu dah hampir separuh botol kecil tu ku tonyoh di kepala. Gelisah tidak keruan. Sehingga pukul 2 pagi aku masih **gelibang-gelibu, sampai 1 saat aku rasa macam nak mati pun ada! haha. Memang tak selesa, akhirnya dekat pukul 3, aku fikir 'durian yang aku makan tadi mesti dah selamat proses, hmm ok kot kalo aku telan panadol'. Tak dapat bertahan lagi, aku pun menggagau pagi-pagi buta mencari panadol. telan 2 bijik, hah, barulah mata ku terasa mengantuk sehingga subuh.
.
Mengenangkan kejadian itulah, aku jadi tak berani lagi makan raja buah ini. Aku takut,risau dan fobia mengingatkan betapa tak selesa dan gelisahnya bila 'panas tak keluar' tu. Dan betapa tingginya risiko ku ambil ketika nak menelan panadol itu. taknak lah, rasanya macam nak mati! Walaupun aku tatau macam mana rasa nak mati? Tapi cukuplah, aku tak sanggup lalui lagi.
.
Selepas ini kalo orang mengajak aku makan, aku hanya mampu berkata ' Durian? Oh Thanks, but No Thanks...'
.
Diksi (chewah ada nota diksi pulak entry aku ni)
* mangko - belum cukup masak, keras
** gelibang gelibu - gelisah macam mat salleh kata 'butterfly in my stomach'
14 comments:
saya kategori 1.. tapi bukan jenis makan beria [takat 3-4 ulas je sbb mmg lepas makan akan sakit kepala.. ada high BP kan] dan idak la tiap kali musim nak.. sesekali je bila teringin.. ;p
achik ; oo mkn tempoyak eh?tak sangka..
gua kategori 0.9999 (4 titik perpuluhan sama macam buku sifir 4 angka *perlu ke bagitau?). jajan durian plastik kuning pun ku suka.
*bdn ko takde unsur durian kot. cam aku mmg dah jadi darah daging.
kak zar emmang hantu durian.. baru ni makan sampai demam tu pasal makan campur ngan kopi es lah dengan eskrem lah.. mana tak demam.. tapi apapun durian, tempoyak, cucur durian, serawa, atau apa apa yg berkiatan dengan durian, kak zar suka.
norasiah md aspan : jajan durian tu aku suka gak..dulu 20sen je kan..kembung,besar paketnya
kak zar ; saya masih suka, teringin gak nk amik seulas tp badan ni tak tahan..mcm makan sayur asin2 ler, makan je, pening...ikut keturunan kot, ayah pun camtu..
akak, snap laa gmbo si oman jilat durian....teruja nk tgk. hehehe...
aii rugi laa tak mkn doyan....saya makan doyan ori jek...proses2 tak mkn kecuali cekedes doyan. hahah...ada lg ke dlm pasaran ntah eh...
luna..akak kategori 1..tapi..bukan beria lah..seulas dua dah memadai..kalau nak makan banyak akak ..buat bubur..atau kuah durian.jadi..walau pun makan durian..tapi tak pernah rasa macam yang luna kena tu...
kalau tempoyak pulak..makan lagi banyak dari durian..
Hi Kak Luna, I love durians, and we get them from Thailand, frozen.
So I have them defrosted, and eat when slightly frozen, like makan ice cream durian.
But have to triple wrapped when throwing away in garbage bin or else people will complain 'something died' in bin, ha ha.
Have fun and keep a song in your heart, Lee.
laa baru nak cakap selamat dapat 1 nikmat dunia. dah taknak makan balik eheheh
alhamdulillah
kak pB dah boleh makan duriannnn
Luna, akak hantu durian tapi terpaksa mengurangkan kehantuan itu sejak dua menjak ada sejarah BP mencanak2 naik nie huhuhu...
tempoyak pun memang kegemaran akak...slurrppp...sedap makan kuah patin masak tempoyak hehehe
kami satu keluarga semua termasuk kategori no. 1 hehehe...
heheheee.. luna luna...
kalo dah ulas besor2, makan 5 ulas memang leh jadi libang libu... ;)
kakyong kategori 1.. tp masa pregnant jatuh kategori 6.. anak2 pulak kategori 2... kecil lagi mana deme reti makan tempoyak...
ila :aritu nk amik gambar,tgn tgh berlemuih, bila dh basuh tangan,durian lak dh abis.....bistu camne? hehe
kak erna : waa kak erna jenis tahan lah camtu...panas sgt kak erna,tak tau nk ckp..tu la mcm sy kata,rasa nak mati! haha
uncle Lee : ya true, better throw durian skin far far away if not you ended with sleepless night because of the bau! haha
uncle Lee, thanks for visiting :)
ady : bak kata org perak, 'rentikan le!'
kak PB : hehe,..baby suka durian kot?
kak azwa : ramai suka tempoyak patin. mak saya masak dgn ikan keli, maklumlah susah nk dpt ikan lain yg sesuai
kak yong : itu le,berani beno menerei sampe 5 ulas, aa rase kan!
I would like to exchange links with your site kakluna.blogspot.com
Is this possible?
Post a Comment