Wednesday, August 25, 2010

Tak suka la...

Hari Isnin, aku dapat call dari seorang perempuan bernama 'Mel' mendakwa dia dari telek0m , KL. Dia call regarding bill opis aku yang didaftar atas nama boss aku.
.
Dia cakap nombor telefon opis aku ni terpilih untuk dapat potongan bayaran bil bulanan. Biasa bayar 100+ dia kata leh bayar dalam 98 camtu. Kalo lebih dari 100+ dapat potongan setakat yang lebih tu ke camne ntah? Ye lah dah cakap pot pet pot pet bab angka ni mana sesuai thru telefon kan? Dia tanya mana boss aku? Aku kata boss aku pi China. Memang aku tipu sebab aku pun tak percaya Miss Mel ni takkan aku nak jual nama Boss aku. Lagipun urusan bill aku yang buat jadi tak perlu cari boss, aku pun leh tolong decidekan. Dan bil yang atas nama boss tu kurang penggunaannya, tak la sampai 100++ jadi aku cakap awal-awal, 'hm saya rasa company saya tak perlukan pakej tu la..'. Dia tak puas hati dan nak jugak aku tanya boss aku sebab katanya rugi sebab bukan semua company terpilih. Dia nak pulak nombor contact Boss aku. pergh, bertuah aku nak bagi? Aku minta nombor si Mel ni dia bagi aku nombor 1-800-88 apa ntah. Aku kata 'ni nombor u ke?' Dia kata kalo apa-apa pertanyaan boleh call nombor tu. pastu dia sambung lagi pot pet pot pet dan aku kata 'ada tak apa-apa flyer tentang promosi ni, fax kan la senang sikit I nak tunjuk kat boss'. Dia kata 'oh flyer takde masalah akan diusahakan'. Aku tunggu punya tunggu sampai petang takde mende pun dia fax kat aku.
.
Esoknya, (selasa) ye bener si Mel ni cari aku lagi. Dia pun tanya 'ha, macam mana, Boss setuju tak nak amik?' Aku kata 'Boss saya kata bil tak banyak sangat rasanya tak perlu. Dan kalo kami nak tukar plan kami akan pegi ke telekom terus dan tanya' . Pastu dia kata 'Eh benda ni tak boleh gi telekom sebab hanya nombor terpilih je yang dapat. jadi kalo u pergi telekom, dorang tak tau apa-apa.' hai?? betul meh? Telekom wat promosi, tapi kalo tanya Telekom, telekom tak tahu apa-apa? Wah ni sudah lebey. Kau mahu tipu aku kah? Pastu aku kata 'U pun, i suh fax kan flyer u tak fax pun?' Dia kata 'hm i dah fax, u tak dapat ek?' Aku kata 'ye la, kalo u dah fax pun takleh ke u reconfirm samada i dah terima ke tidak?' 'Hm ok,ok nanti saya fax balik' (tapi hampeh, takde jugak). Pastu aku kata memang tak minat dengan tawaran dia dan lagipun urusan bil bukan kat sini saja uruskan tapi HQ aku uruskan.
.
Pastu dia mintak pulak nombor HQ aku dan orang yang boleh dihubungi. tapi aku kata la 'Tapi, kalo u amik nombor sana, takkan la nombor sana lak leh dapat tawaran ni? Bukan u kata hanya nombor terpilih? Dia pusing lak kata 'Eh takpe, sebab memang biasa la macam ni, ada company yang i penah register kan kat perak tapi HQ kat kedah' Pulak dah camtu. Sebab dia mendesak sangat aku pun bagi la nombor HQ aku dan orang yang boleh dihubungi. Pastu aku cepat-cepat call HQ aku tu dan bagitau kalau ada call berkaitan ni, maknanya aku lah yang bagi nama ni. Sib baik Ms. W tu faham sebab dia pun dah banyak kali kena.
.
Memang aku tak suka panggilan macam ni sebab banyak sangat kesangsiannya. Aku tak lah bodoh sangat untuk terus setuju, nak-nak hal yang berkaitan company aku. Biar ada hitam putih, persetujuan tak patut diberi melalui phone lainlah kalo kita memang setuju awal-awal untuk berurusan melalui telefon saja. tapi company aku bukan kat ceruk, kalau ada apa-apa memang boleh je berurusan dengan kedai telekom terus. Aku tak puas hati sebab dia mendesak-desak, malahan menipu pula. tak suka la. - L

12 comments:

Aku adalah aku said...

Luna;

La aku ingatkan dorang takat wat tawaran kat umah je...rupanya kat company pun ada ek..kalau tuk umah plak RM40++...dia tanya bil umah parents aku, aku kata kalau dari telekom takkan takde dalam sistem..pastu dia kata nak reconfirm...aku kata bil kurang dari tu..lusa di callnye balik bercakap plak ngan abah aku..hish...aku pun tak suka...

oren said...

lenkali, cantas jek dari awal..nak menipu ek??

hahah..mesti dia terkejut badak..

kakLuna said...

elly ; tu la..menipu sgt la.kalo telekom nk wat promo ni dia akan email la..ish..

kak oren ; saya ni kalo mula2 dpt call tu mcm blank sikit tp bila dpt 1 point baru saya pkiaq nk ckp apa.. tu yg saya pertikai awad kalo tanya telekom, telekom boleh tak tau pdhl ni promosi telekom?

Zareda Norman said...

kak zar pun kalau call call macam ni.. direct to the point.. i am not interested for this moment.. especially kalau CC.. dia buat suara atau muka kesian plak..

Ummu Auni said...

eee..dah la bulan puasa.

Masy said...

hahaha berani la dorg call kt umah sy.. kompem mak sy leh cakap 'anak sy keje telekom, dia x ckp ape2 pon?'

pangggg satu kali kat muka penipu tu

edyan7 said...

owh..belum pernah kena lagi... ish... tipu-tipuan pulak..

Mak Su said...

panggilan auta, ek

aNiS tHe BumbleBee said...

larrr..mcm2 laa org skang ni cari jalan nk menipu.tah pape je.bley plak telekom xtau kalo ade promo.mengarut je lah.

melur said...

Luna jelita,
memang dia menipu pun. Tak soh dok layan..buang masa jer..anyway, thanks coz sharing...boleh jadi iktibar untuk orang lain.

Lee said...

Hello Kak Luna, boss da pergi China? Ha ha. Bukan Toronto?
Selalu ada juga begitu cherita....apa nak buat...
Anyway, you be cool....and have a happy hari merdeka. Stay young simpan satu lagu dalam hati, Lee.

Mustafa Kamal said...

luna mike awat xtanye aku..
bkn ko xtau mlm aku keje 4time d HQ TELEKOM PERAK..
pegawai bhagian marketing, dan byk
bhagian aku bleh direct tanye :)