.
Tapi aku tahu pun selepas 2 minggu, terkilan jugak dengan diri sendiri sebab tak peka dengan dugaan yang menimpa kawan sendiri. Sejurus tahu, aku menghantar mesej kepadanya di FB. Alhamdulillah kawan aku sudah kuat, tabah dan redha dan mampu menceritakan perkara yang berlaku.
.
Dalam sedih, aku turut berasa 'seronok' mendengar keadaan arwah yang tidak seperti mangsa kemalangan. Kawan aku sendiri pada mulanya tidak sanggup menatap wajah arwah buat kali terakhir, khuatir akan melihat sesuatu yang tidak sanggup dilihat, tapi sangkaannya meleset. Melihat wajah ayah tersayang yang tenang seperti orang yang sedang tidur, dari situlah datang kekuatan untuk meredhai pemergian seorang ke pangkuan Ilahi.
.
Tahulah kawanku itu, bahawa sebenarnya sudah janji Allah umur ayahnya setakat itu, cuma mencari suatu sebab sahaja walaupun pada asasnya arwah tidaklah cedera parah, cuma sedikit retak di kepala dan bahu. Luka dan lebam juga tiada. Dari mesej kawan aku;
'
..menurut cerita adik aku Ayah aku berlainan sgt hari tu. tk byk ckp. ms diaorg nk bertolak balik lps lunch tu masuk je kereta Ayah aku duduk kt seat dpn. adik aku turunkan seat skit utk dia tido. Ayah aku tido dr Ipoh smpai le kemalangan berlaku tk bangun2. adik aku ckp tangan dia dh mmg dia Qiamkan dr awal lg. smpai kereta terbabas pun tgn tu mmg dlm keadaan Qiam. adik aku ckp ayah tidur mcm lena sgt so dia pun mls nk kacau ayah aku...ayah aku mcm dh tau kematian tu dtg menjemput dia. kami semua macam terfikir ALLAH amik nyawa dia ms dia tgh tidur...wallahualam..hanya ALLAH maha mengetahui...
Nampak kan...cantiknya cara jemputan Allah terhadap hamba yang disayangiNya ini. Walaupun aku tak pernah bertemu arwah tetapi hubungan dengan kawan ku itu sangat baik dan kami saling bercerita tentang keluarga masing-masing ketika masih bersama dulu. Memang arwah ayahnya seorang yang baik, banyak beramal, tegas dalam mendidik anak-anak terutama dalam soal agama.
.
Seorang hamba yang baik telah dijemput pulang oleh Sang Pencipta, dengan cara kematiannya yang menurut akal kita ni, itulah dinamakan husnul khotimah. Gambarannya sangat jelas, untuk kita yang masih hidup ini yakin wujudnya pembalasan yang baik bagi orang yang beramal baik dan pembalasan yang buruk kepada yang berbuat jahat. Husnul khotimah itu yang kita harus kejarkan, bukan nama, bukan pangkat dan bukan harta.
.
Al- fatihah
3 comments:
alfatihah untuk arwah abah kawanmu itu
kak luna.... arwah tu saudara saya.... kecik je kan dunia ni.... tapi anak2 maybe tak kenal la...saudara sekampung mak ayah je yang kenal...
Alfatihah.. semoga ditempatkan bersama mereka yg beriman..
Post a Comment